• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Microsoft suntik kuasa AI lebih hebat daripada ChatGPT dalam Windows 11

  • OLEH Hanif Azrai
  • 11:37 am
  • 01/03/2023
  • Komen
Microsoft suntik kuasa AI lebih hebat daripada ChatGPT dalam Windows 11
Share on FacebookShare on Twitter

Microsoft umumkan yang mereka akan bawakan kemas kini besar-besaran untuk sistem operasi Windows 11. Ada macam-macam perkara baharu bakal diperkenal tapi yang paling besar adalah suntikan teknologi AI ke dalam Windows.

Sebenarnya ia adalah sambungan daripada pembaharuan WIndows pada enjin carian Bing. Bing versi baharu masih dalam fasa previu dan anda boleh menyertai fasa previu dengan mendaftarkan diri pada pautan ini.



Walaupun Bing bukanlah enjin carian yang terkenal (9% pegangan pasaran), Windows masih lagi mendominasi pasaran sistem operasi dengan pegangan melebihi 74%.

Adalah munasabah untuk Microsoft mengguna pakai kepopularan Microsoft untuk mengetengahkan Bing dengan cara memasukkan ChatBot ke dalam fungsi carian sistem operasi Windows.



Menurut Microsoft, kekotak carian Windows adalah fungsi paling banyak digunakan dengan trafik sebanyak setengah billion dicatatkan setiap bulan. Kini ia diperkasa dengan AI, pastinya angka tersebut akan melonjak terus dalam membantu pengguna mencari maklumat.

Kemas kini Windows yang diperkasa AI ini akan disalurkan untuk pengguna Windows 11 versi 22H2 sedia ada. Anda boleh pergi ke laman Update sistem operasi anda untuk memeriksa.

Buat anda yang masih belum terima kemas kini, ia disalurkan secara berfasa. Menurut Microsoft, ia akan mula disebarluaskan dalam bulan Mac 2023.

Sumber: Microsoft

Tags: bingMicrosoftwindows 11
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Microsoft suntik kuasa AI lebih hebat daripada ChatGPT dalam Windows 11

Microsoft suntik kuasa AI lebih hebat daripada ChatGPT dalam Windows 11

1 March 2023
Xiaomi 18 Pro & 18 Pro Max Malaysia: Kamera Leica 200MP, skrin OLED belakang, dari RM3,999

Xiaomi 18 Pro & 18 Pro Max Malaysia: Kamera Leica 200MP, skrin OLED belakang, dari RM3,999

18 November 2026
MySiren: Ujian amaran kecemasan seluruh negara berlangsung pada 29 November

MySiren: Ujian amaran kecemasan seluruh negara berlangsung pada 29 November

23 November 2026
Tune Talk peroleh lesen daripada MCMC untuk miliki dan kendalikan infrastruktur rangkaian

Tune Talk peroleh lesen daripada MCMC untuk miliki dan kendalikan infrastruktur rangkaian

22 November 2026
Vivo V80 tiba di Malaysia: Skrin 144Hz dan bateri 7,200mAh, harga dari RM2,399

Vivo V80 tiba di Malaysia: Skrin 144Hz dan bateri 7,200mAh, harga dari RM2,399

19 November 2026
Pas MyKomuter50: Pendaftaran kini dibuka, ini cara daftar dan aktifkannya

Pas MyKomuter50: Pendaftaran kini dibuka, ini cara daftar dan aktifkannya

16 November 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN