• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Sony WF-1000XM4 ada firmware baharu, akhirnya sokong Bluetooth Multipoint

  • OLEH Putra Aziz
  • 6:16 pm
  • 01/03/2023
  • Komen
Tahukah anda, fon telinga terbaik Sony dibuat di Malaysia?
Share on FacebookShare on Twitter

Jenama Sony terkenal dengan produk audio mereka yang dilengkapi Hi-Res dan pembatalan hingar aktif, terutama model fon telinga premium WH-1000XM5 dan fon putik WF-1000XM4. Akan tetapi, tidak semua barisan produk fon telinga Sony menyokong sambungan Multipoint, walaupun dengan model premium yang disebutkan tadi. 

Baru-baru ini, Sony telah mengadakan kemas kini firmware terbaru v2.0.0 untuk model WF-1000XM4 dan akhirnya menambah ciri Multipoint bagi model tersebut, serta beberapa penambahbaikan. Hairan kenapa model premium tidak lengkap dengan ciri Multipoint.



Dengan ciri Multipoint ini, WF-1000X4 kini boleh disambungkan pada dua peranti serentak dan secara automatik media akan dimainkan di dua peranti tersebut tanpa perlu pengguna menukarnya secara manual. Lagi mudah pengguna nak guna fon putik pada peranti yang berbeza.

Kemas kini terbaru ini juga membetulkan penggunaan sistem baterinya yang mengalami kemerosotan prestasi bateri akibat kemas kini v1.4.2. Kemas kini tersebut juga telah menyebabkan sarung fon putik itu terbuka ekoran isu bateri terlalu panas dan penggunaan bateri yang tidak seimbang. Sebelum ini ada kemas kini v1.6.1 yang menghilangkan isu itu, tapi versi itu tidak dilancarkan pada khalayak ramai.



Walaupun dengan kemas kini terbaru v2.0.0 telah membaiki isu itu, ia masih tidak membetulkan fon putik yang telah terkesan prestasi baterinya. Jadi, untuk pemilik WF-1000XM4 yang terkesan, boleh cuba untuk membuat tuntutan waranti atau RMA (Return Merchandise Authorization) di luar waranti.

Untuk mendapatkan kemas kini terbaru, pastikan aplikasi Sony Headphones Connect menggunakan versi terkini, dan tekan butang ‘update’ apabila fon putik WF-1000X4 disambungkan pada peranti. Bagi sesiapa yang ingin mengetahui lebih lanjut tentang cara mengemas kini firmware terbaru ini, boleh rujuk laman rasmi Sony di sini.

[Sumber: Android Police] [Sumber gambar: Aaron is Loud and Wireless]

Tags: SonySony WF-1000XM4Sony WH-1000XM5
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Tahukah anda, fon telinga terbaik Sony dibuat di Malaysia?

Sony WF-1000XM4 ada firmware baharu, akhirnya sokong Bluetooth Multipoint

1 March 2023
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
Xiaomi Pad 7S Pro dilancar, tablet pertama guna cip XRing O1 buatan Xiaomi

Xiaomi Pad 7S Pro dilancar, tablet pertama guna cip XRing O1 buatan Xiaomi

7 July 2025
iQoo Z10 tiba di Malaysia, telefon gaming bajet dengan bateri besar 7,300mAh

iQoo Z10 tiba di Malaysia, telefon gaming bajet dengan bateri besar 7,300mAh

3 July 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER