• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Samsung Malaysia senaraikan peranti mampu milik Galaxy A14 di laman rasminya

  • OLEH Putra Aziz
  • 5:02 pm
  • 02/03/2023
  • Komen
Samsung Malaysia senaraikan peranti mampu milik Galaxy A14  di laman rasminya
Share on FacebookShare on Twitter

Samsung Malaysia nampaknya telah menyenaraikan sebuah peranti mampu milik Samsung Galaxy A14 di laman rasminya, tanpa sebarang apa-apa pengunguman. Segala maklumat peranti berkaitan ciri dan spesifikasi boleh dilihat, tetapi hanya harga masih belum dipaparkan.

Berdasarkan harga model Galaxy A14 dengan sokongan 5G di pasaran Amerika Syarikat, ia dilancarkan pada harga $200 (~RM895.90) untuk konfigurasi RAM 4GB dan storan 64GB. Jadi, harga di pasaran Malaysia mungkin dalam sekitar itu juga atau lebih murah memandangkan pasaran Malaysia menerima Galaxy A14 versi 4G/LTE.



Spesifikasinya juga mungkin kekal sama. Berdasarkan Sammobile, Galaxy A14 5G dikuasakan oleh SoC Exynos 1330, dengan paparan PLS LCD sebesar 6.6 inci FHD+ (1080 x 2408) serta terdapat tetapan tiga kamera dengan kamera utama 50MP, kamera ultralebar 5MP dan kamera makro 2MP. Kamera hadapan bertakuk U menggunakan kamera 13MP. Bahagian bateri dimuatkan tangki bersaiz 5,000mAh.

Galaxy A14 pasaran Malaysia didatangkan dengan satu varian iaitu storan 128GB dan RAM 6GB dengan keupayaan RAM Plus untuk meluaskan penggunaan RAM dengan menggunakan sebahagian daripada storan. Storan juga boleh dikembangkan lagi dengan slot mikro-SD yang menyokong sehingga 1TB. Lain-lain ciri termasuk port USB-C, jack 3.5mm, NFC, dwi-SIM dan pengimbas cap jari di butang kuasa.



Galaxy A14 ditawarkan dalam tiga varian warna iaitu perak, hitam dan merah gelap. Bagi sesiapa yang ingin mengetahui lebih lanjut berkaitan spesifikasi Galaxy A14, boleh layari laman rasmi Samsung di sini.

[Sumber: Sammobile]

Tags: samsung galaxysamsung malaysia
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Samsung Malaysia senaraikan peranti mampu milik Galaxy A14  di laman rasminya

Samsung Malaysia senaraikan peranti mampu milik Galaxy A14 di laman rasminya

2 March 2023
Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

5 November 2026
Vivo V80 bakal tiba di Malaysia: Tempahan awal dibuka dengan ganjaran sehingga RM2,042

Vivo V80 bakal tiba di Malaysia: Tempahan awal dibuka dengan ganjaran sehingga RM2,042

11 November 2026
Xiaomi 18 Pro dan 18 Pro Max dilancarkan di Malaysia pada 17 November

Xiaomi 18 Pro dan 18 Pro Max dilancarkan di Malaysia pada 17 November

10 November 2026
Honor Magic 9 Pro Max bakal tiba di Malaysia, bawa kamera 200MP hasil kerjasama ARRI

Honor Magic 9 Pro Max bakal tiba di Malaysia, bawa kamera 200MP hasil kerjasama ARRI

6 November 2026
Poco X8s dilancar, telefon kompak 6.35″ dengan kamera telefoto 50MP dari RM1,399

Poco X8s dilancar, telefon kompak 6.35″ dengan kamera telefoto 50MP dari RM1,399

7 November 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN