• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Feature

Xiaomi 13 & Xiaomi 13 Pro: Semua perkara yang perlu anda tahu tentangnya

  • OLEH Najib
  • 12:55 pm
  • 02/03/2023
  • Komen
5 telefon terbaik bawah RM1,200 di Malaysia tahun 2023
Share on FacebookShare on Twitter

Hari ahad lepas, Siri Xiaomi 13 dah dilancar di Mobile World Congress atau MWC di Barcelona, Sepanyol. Ada 3 model diperkenal iaitu Xiaomi 13, Xiaomi 13 Pro dan Xiaomi 13 Lite. Tak sampai 24 jam lepas tu, ia dilancar di Malaysia pula. Tapi cuma dua model sahaja, Xiaomi 13 dan Xiaomi 13 Pro. Tiada Xiaomi 13 Lite.

Menerusi video di bawah, saya nak bagitau semua perkara yang anda perlu tahu tentang siri Xiaomi 13 di Malaysia.



Spesifikasi Xiaomi 13

  • Cipset: Snapdragon 8 Gen 2 4nm
  • RAM: LPDDR5x 12GB
  • Storan: UFS 4.0 256GB
  • Skrin: AMOLED 6.36″, FHD+, 120Hz, 1,900nits
  • Kaca: Corning Gorilla Glass Victus
  • Bateri: 4,500mAh
  • Pengecas: TurboCharge 67W USB-C
  • Kamera Hadapan: 32MP
  • Kamera Belakang: Utama 50MP + Ultralebar 12MP + telefoto 10MP
  • OS: MIUI 14 berasaskan Android 13
  • Lain-lain: WiFi 7, Kalis Air IP68, Speaker Stereo

Spesifikasi Xiaomi 13 Pro

  • Cipset: Snapdragon 8 Gen 2 4nm
  • RAM: LPDDR5x 12GB
  • Storan: UFS 4.0 256GB/512GB
  • Skrin: LTPO AMOLED 6.73″, WQHD+, 120Hz, 1,900nits
  • Kaca: Corning Gorilla Glass Victus
  • Bateri: 4,820mAh
  • Pengecas: HyperCharge 120W USB-C
  • Kamera Hadapan: 32MP
  • Kamera Belakang: Utama 50MP 1″ + Ultralebar 50MP + Telefoto 50MP
  • OS: MIUI 14 berasaskan Android 13
  • Lain-lain: WiFi 7, Kalis Air IP68, Speaker Stereo

Semua Xiaomi 13 dan Xiaomi 13 Pro datang bersama langganan Google One Premium 2TB bersama VPN, percuma selama 6-bulan. Xiaomi juga menjamin kemaskini MIUI sebanyak 3 kali dan kemaskini keselamatan selama 5 tahun.

Promosi Tempahan Awal (27/2 – 7/3/2023)

Untuk tempahan awal di Lazada dan Shopee, pembeli akan menerima baucar diskaun RM799 untuk Xiaomi 13 Pro dan RM699 untuk Xiaomi 13. Baucar ini boleh digunakan untuk membeli produk AIoT Xiaomi di platform yang sama.



Tempahan di Xiaomi Store menerusi laman web khas di sini, hadiah percuma lebih menarik iaitu Xiaomi TV P1 43-inci bernilai RM1,799 bagi Xiaomi 13 dan Xiaomi TV A2 58-inci bernilai RM2,799 untuk Xiaomi 13 Pro 256GB. Selepas tamat tempoh tempahan awal, semua pembeli akan mendapat hadiah percuma fon telinga Redmi Buds 4 bernilai RM239.

Khas untuk Xiaomi 13 Pro 512GB, terdapat Pakej Edisi Terhad yang bernilai RM7,496 pada harga RM5,999 sahaja. Dalam pakej ini, pembeli akan menerima telefon pintar Xiaomi 13 Pro 512GB, jam Xiaomi Watch S1 Pro, fon kepala Xiaomi Buds 4 Pro dan Powerbank Xiaomi 33W 10,000mAh. Pakej ini terhad dan dijual selagi stok masih ada.

Bacaan Berkaitan

  • Xiaomi 13 & Xiaomi 13 Pro: Maklumat penjualannya di Malaysia
  • Xiaomi 13 dan 13 Pro dilancar dengan Google One Premium 2TB percuma, akan tiba ke Malaysia
  • Xiaomi 13 Lite tiada Leica tetapi telefon terbaik swafoto dan bersiaran langsung dengan dua lampu limpah
Tags: xiaomixiaomi 13xiaomi 13 pro
Najib

Najib

POPULAR

Honda WR-V akan dilancar di Malaysia, SUV kompak pesaing Perodua Ativa dan Proton X50

Honda WR-V akan dilancar di Malaysia, SUV kompak pesaing Perodua Ativa dan Proton X50

20 Mac 2023
Blueshark R1 Malaysia: Skuter elektrik patuh JPJ, cukai jalan percuma ditawar bermula RM7,190

Blueshark R1 Malaysia: Skuter elektrik patuh JPJ, cukai jalan percuma ditawar bermula RM7,190

21 Mac 2023
Ini rahsia bagaimana bateri Galaxy Z Flip4 boleh tahan siang ke malam

Ini rahsia bagaimana bateri Galaxy Z Flip4 boleh tahan siang ke malam

1 Disember 2022
Ini rahsia bagaimana bateri Galaxy Z Flip4 boleh tahan siang ke malam

Nak telefon unik dengan pelekat & warna idaman? Semuanya boleh dengan Galaxy Z Flip4 Bespoke

1 Disember 2022
5 telefon terbaik bawah RM1,200 di Malaysia tahun 2023

Xiaomi 13 & Xiaomi 13 Pro: Semua perkara yang perlu anda tahu tentangnya

2 Mac 2023
5 Terbaik: Jalur Lebar Tetap Paling Berbaloi Untuk Bajet RM150

5 Terbaik: Jalur Lebar Tetap Paling Berbaloi Untuk Bajet RM150

22 Mac 2023

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER