• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Acer

Monitor Acer Nitro ini berharga bermula RM379 dengan kadar segar semula sehingga 180Hz

  • OLEH Putra Aziz
  • 8:04 pm
  • 06/03/2023
  • Komen
Monitor Acer Nitro ini berharga bermula RM379 dengan kadar segar semula sehingga 180Hz
Share on FacebookShare on Twitter

Acer telah banyak mengeluarkan produk khusus untuk gamer dengan barisan Acer Nitro termasuk monitor, laptop dan desktop. Kali ini, Acer mengumumkan tiga monitor gaming terbaru siri QG0 iaitu Acer Nitro QG240YH3, QG240YS3 dan QG270S3. Monitor terbaru ini ditawarkan dengan harga yang sangat mampu milik, tapi tidak kurang prestasi yang dilengkapinya.

Harga monitor gaming siri Acer Nitro GQ0

Berikut adalah senarai harga siri Nitro QG240YH3, Nitro QG240YS3 dan Nitro QG270S3 di Malaysia.



  • Acer Nitro QG240YH3, 23.8”, FHD, 100Hz – RM379
  • Acer Nitro QG240YS3, 23.8″, FHD, 180Hz – RM499
  • Acer Nitro QG270S3, 27″, FHD, 180Hz – RM589

Acer Nitro QG240YH3

Nitro QG240YH3 adalah yang termurah dalam siri ini dengan mempunyai skrin sebesar 23.8 inci, menggunakan panel VA dengan resolusi FHD. Panelnya juga laju kadar segar semula sehingga 100Hz dan mempunyai kelajuan respon 4ms. Kecerahan maksimum skrin adalah sehingga 250 nits. Untuk warna, ia meliputi 95% warna gamut sRGB dengan nisbah kontras 100,000,000:1. Monitor ini juga dilengkapi AMD FreeSync, sokongan HDR10 dan Acer VisionCare. Tetapi, tidak mempunyai lubang VESA di belakangnya dan hanya boleh dengan kaki penyangga. Untuk port, ia mempunyai port HMDI 2.0, satu port VGA dan satu port jek audio 3.5mm. Model ini mempunyai jisim seberat 2.7kg.

Acer Nitro QG240YS3

Model Nitro QG240YS3 memiliki ciri yang lebih banyak berbanding Nitro QG240YH3 walaupun rupa fizikal mereka adalah sama. Kelebihan yang ada pada Nitro QG240YS3 adalah kadar segar semula sehingga 180Hz, kelajuan respon 1ms apabila menggunakan Visual Response Boost, dan kecerahan maksimum panel pada 300 nits. Monitor ini juga menyokong AMD FreeSync Premium disamping penawaran port yang berbeza. Port yang disediakan adalah seperti HDMI 2.0, DisplayPort 1.4 dan jek audio 3.5mm. 



Lain-lain ciri sepunya monitor ini adalah seperti skrin bersaiz 23.8 inci, menggunakan panel daripada jenis VA, beresolusi FHD. Panel paparan ini mempunyai profil warna yang meliputi 95% gamut sRGB dengan nisbah kontras 100,000,000:1 serta sokongan HDR10. 

Acer Nitro QG270S3

Untuk yang mempunyai bajet lebih dan mahukan skrin lebih besar, Nitro QG270S3 mungkin untuk anda. Ia mempunyai fitur yang serupa dengan model Nitro QG240YS tapi dengan skrin sebesar 27 inci. Ia menggunakan panel VA beresolusi FHD, dengan kadar segar semula 180Hz. dan kelajuan respon 1ms. Panelnya meliputi 95% warna gamut sRGB dengan nisbah kontras 100,000,000:1, serta kecerahan maksimum 300 nits. Ada juga penyokongan AMD FreeSync dengan HDR10. Untuk port, ada HDMI 2.0, port Display 1.4 dan jek audio 3.5mm.

Jika anda berminat, anda boleh dapatkannya di stor dalam talian Acer atau laman rasmi Acer di Lazada atau Shopee.

Tags: AcerAcer Malaysiaacer nitromonitor
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Monitor Acer Nitro ini berharga bermula RM379 dengan kadar segar semula sehingga 180Hz

Monitor Acer Nitro ini berharga bermula RM379 dengan kadar segar semula sehingga 180Hz

6 March 2023
Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025
Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

13 June 2025
Realme C71 akan dilancar pada 12 Jun, hadir dengan bateri 6,300mAh & kamera 50MP

Realme C71 rasmi di Malaysia, telefon bawah RM500 dengan bateri besar 6,300mAh

12 June 2025
Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

19 June 2025
Redmi Pad 2 dilancar, tablet murah dengan skrin 11″ 90Hz & bateri besar 9,000mAh

Redmi Pad 2 dilancar, tablet murah dengan skrin 11″ 90Hz & bateri besar 9,000mAh

20 June 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER