• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Huawei mahu jadi vendor 5G kedua di Malaysia menyaingi Ericsson

  • OLEH Najib
  • 1:49 pm
  • 06/03/2023
  • Komen
Huawei dan Maxis bergabung  tenaga pamer kehebatan 5G di Langkawi
Share on FacebookShare on Twitter

Digital Nasional Berhad (DNB) sebelum ini dilaporkan merancang untuk mencari vendor kedua untuk pembangunan 5G mereka, di samping Ericsson. Kini timbul pula laporan yang menyatakan, Huawei mahu turut serta di dalam pembangunan 5G Malaysia bagi mempercepatkan sasaran Malaysia untuk mencapai 80% liputan 5G di kawasan populasi menjelang akhir tahun ini.

Financial Times (FT) melaporkan, tiga sumber terdekat dengn perkara ini mengesahkan bahawa Huawei merupakan salah satu syarikat yang melobi untuk perkara ini, selepas kerajaan Malaysia mengumumkan untuk mengkaji semula pembangunan 5G menerusi syarikat milik kerajaan, DNB. Buat masa ini, Ericsson merupakan satu-satunya vendor 5G yang dilantik oleh DNB.



Salah satu sumber FT menyatakan, “Ia adalah gabungan pengaruh tidak langsung dan melobi secara terang-terangan untuk cuba mendapatkan penggunaan sistem mereka di sesuatu tempat dalam pembangunan.” Ada juga yang mengatakan, pelan 5G Malaysia menjadi medan ujian hubungan dengan China dan negara Barat dan ia akan menjadi cabaran buat reputasi Malaysia untuk menghormati keabsahan kontrak perniagaan.

Memandangkan Malaysia masih belum memuktamadkan kajian semula pembangunan 5G, ada beberapa kemungkinan boleh terjadi untuk mempercepatkannya. Ini termasuk menswastakan DNB dengan membenarkan telco memegang lebih banyak saham, menjadikannya konsortium yang diterajui pihak swasta. Ini sebenarnya adalah perancangan asal 5G yang diumumkan oleh kerajaan Pakatan Harapan tahun 2019. Pilihan lain adalah menggunakan Dwi Rangkaian Borong (DWN) atau membenarkan telco membangunkan sendiri rangkaian 5G mereka.



Selain Huawei, laporan tentang DNB sedang mencari vendor 5G kedua turut menyebut nama Nokia dan ZTE untuk mempercepat pembangunan 5G di samping mengurangkan kos. DNB sebenarnya tidak terikat secara eksklusif dengan Ericsson dan ada klausa di dalam kontrak, untuk memperkenal penyedia perkhidmatan kedua. Pembangunan 5G masakini di bawah DNB, dijangka menelan kos sebanyak RM16.5 bilion untuk tempoh 10-tahun dan ia mensasarkan untuk mencapai 80% liputan 5G di kawasan populasi menjelang hujung 2024. Ini termasuk kos RM4 bilion untuk perkakas rangkaian, perkhidmatan pembangunan dan pengurusan rangkaian penyelenggaraan beterusan oleh Ericsson.

Sebelum menjadi kerajaan, Anwar Ibrahim pernah mengkritik lantikan Ericsson oleh DNB dan menyatakan Huawei boleh membuat kerja yang serupa dengan kos lebih rendah. DNB mempertahankan proses tender 3-bulan mereka dan mendedahkan bahawa daripada 8 syarikat yang dijemput menyertai bidaan, hanya 4 menghantar cadangan tender mereka. Akhirnya, Ericsson terpilih kerana aspek teknikal terbaik, faktor sosioekonomik dan komersial, serta anggaran kos sekitar RM700 juta lebih rendah daripada pesaing terdekat.

Pada akhir tahun 2019, Maxis telah menandatangani perjanjian 5G bersama Huawei untuk menyediakan perkakas 4G dan 5G bagi memastikan rangkaian mereka sedia untuk membina 5G, sebaik sahaja spektrum 5G dianugerahkan. Telco lain seperti TM, Celcom dan U Mobile juga telah menandatangani perjanjian kerjasama dengan Huawei untuk bersedia membina rangkaian 5G.

[Sumber: FT]

Tags: 5g malaysiaDNBHuawei
Najib

Najib

POPULAR

Honda WR-V akan dilancar di Malaysia, SUV kompak pesaing Perodua Ativa dan Proton X50

Honda WR-V akan dilancar di Malaysia, SUV kompak pesaing Perodua Ativa dan Proton X50

20 Mac 2023
Blueshark R1 Malaysia: Skuter elektrik patuh JPJ, cukai jalan percuma ditawar bermula RM7,190

Blueshark R1 Malaysia: Skuter elektrik patuh JPJ, cukai jalan percuma ditawar bermula RM7,190

21 Mac 2023
Ini rahsia bagaimana bateri Galaxy Z Flip4 boleh tahan siang ke malam

Ini rahsia bagaimana bateri Galaxy Z Flip4 boleh tahan siang ke malam

1 Disember 2022
Huawei dan Maxis bergabung  tenaga pamer kehebatan 5G di Langkawi

Huawei mahu jadi vendor 5G kedua di Malaysia menyaingi Ericsson

6 Mac 2023
Ini rahsia bagaimana bateri Galaxy Z Flip4 boleh tahan siang ke malam

Nak telefon unik dengan pelekat & warna idaman? Semuanya boleh dengan Galaxy Z Flip4 Bespoke

1 Disember 2022
5 Terbaik: Jalur Lebar Tetap Paling Berbaloi Untuk Bajet RM150

5 Terbaik: Jalur Lebar Tetap Paling Berbaloi Untuk Bajet RM150

22 Mac 2023

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER