• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

TNG eWallet jadi institusi kewangan pertama Malaysia penuhi 5 strategi keselamatan Bank Negara

  • OLEH Hanif Azrai
  • 3:16 pm
  • 06/03/2023
  • Komen
TNG eWallet jadi institusi kewangan pertama Malaysia penuhi 5 strategi keselamatan Bank Negara
Share on FacebookShare on Twitter

Pengendali TNG eWallet hari ini mengumumkan yang mereka telah memenuhi semua garis panduan yang ditetapkan Bank Negara Malaysia bagi memerangi scam, malahan menurut mereka juga, mereka ialah institusi kewangan pertama yang berjaya berbuat demikian, lebih awal walaupun berbanding bank-bank terkemuka lain. Kalau anda masih ingat, pengumuman ini telah dilakukan BNM dalam bulan September 2022 lalu.

Peningkatan jenayah scam membimbangkan, BNM arah bank sekat transaksi mencurigakan & ganti SMS OTP



Menurut TNG eWallet, mereka ialah syarikat kewangan pertama dan satu-satunya dalam negara ini yang menawarkan 5 strategi keselamatan.

Berikut adalah 5 strategi tersebut:



  1. Hapuskan OTP SMS dan gunakan pengesahan biometrik seperti FaceID untuk transaksi.
  2. Halang transaksi luar biasa dan terus hubungi pengguna secara langsung untuk pengesahan.
  3. Pengesahan transaksi perbankan kini hanya boleh dilakukan di satu peranti yang disahkan per akaun iaitu fungsi TapSecure.
  4. Perkenalkan waktu menunggu untuk setiap perkhidmatan baharu ataupun peranti baharu yang didaftarkan pada akaun TNG eWallet. Waktu menunggu sehingga 48 jam dikenakan.
  5. Tubuhkan saluran khas khidmat pelanggan dan hotline untuk salurkan sebarang kejadian penipuan yang berlaku.

Sekiranya anda ingin menyalurkan aduan tentang insiden scam melibatkan TNG eWallet, mereka telah membuka talian panas +60350223888 dan anda terus boleh tekan “4” untuk disambungkan terus kepada pegawai bertugas. Panggilan berkaitan scam akan diberikan keutamaan khas berbanding panggilan-panggilan lain.

Selain talian panas itu, TNG eWallet adalah e-dompet pertama di Malaysia yang menyertai Nasional Scam Response Center (NSRC). Anda boleh menghubungi nombor 997, juga untuk melaporkan insiden scam.

Ditipu scammer? Dail 997 NSRC segera supaya wang keluar boleh disekat

Tags: bnme-dompetfintektngtng ewallet
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

TNG eWallet jadi institusi kewangan pertama Malaysia penuhi 5 strategi keselamatan Bank Negara

TNG eWallet jadi institusi kewangan pertama Malaysia penuhi 5 strategi keselamatan Bank Negara

6 March 2023
Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

2 November 2026
RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

31 October 2026
CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

29 October 2026
Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

30 October 2026
Sony Xperia 10 VIII rasmi: Spesifikasi tak banyak berubah tapi harga lebih mahal

Sony Xperia 10 VIII di Malaysia: Harga naik RM800 tapi spesifikasi tak berubah

2 November 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN