• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Disangka cucu telefon minta bantuan wang, rupanya scammer guna AI menyamar suara

  • OLEH Fatin Amanina
  • 2:02 pm
  • 07/03/2023
  • Komen
Disangka cucu telefon minta bantuan wang, rupanya scammer guna AI menyamar suara
Share on FacebookShare on Twitter

Sejauh mana anda tahu dan berjaga-jaga dengan taktik penipuan scammer? Tahu tak sekarang mereka semakin bijak sebab ada yang gunakan teknologi AI untuk tiru suara seseorang yang anda kenal, kemudian hubungi anda lalu minta bantuan wang? Perkara ini telah dilalui oleh seorang wanita di Kanada bernama Ruth Card, 73 tahun.

Dia pada mulanya menerima panggilan telefon dari seseorang yang mempunyai suara hampir sama seperti cucunya, Brandon. Apabila pemanggil itu berkata dia berada di penjara, tiada dompet dan telefon serta perlukan wang tunai untuk jaminan, Card segera membantunya.



Ruth Card

Card dan suaminya Greg Grace bergegas ke bank mereka di Regina, lalu keluarkan wang dengan jumlah maksimum iaitu sebanyak 3,000 dolar Kanada, sekitar RM9869.17. Mungkin kerana wang itu masih belum mencukupi, mereka kemudian bergegas ke cawangan kedua untuk dapatkan lebih banyak wang. Tapi perkara itu tidak berjaya dilakukan selepas seorang pengurus bank tarik mereka ke pejabat dan memberitahu bahawa ada pelanggan telah terima panggilan yang sama dan suara di dalam panggilan itu sebenarnya dipalsukan. Jadi, individu di dalam telefon itu mungkin bukan cucu mereka.

Kes seperti ini mungkin belum pernah terjadi di Malaysia, tapi pada tahun 2022, penipuan penyamaran suara ini merupakan kedua paling popular di Amerika, dengan lebih 36,000 laporan tentangnya.



Dengan kuasa AI, scammer boleh tiru suara individu dengan hanya berdasarkan beberapa contoh audio. Malah, ada pelbagai alat dalam talian boleh menterjemahkan fail audio kepada replika suara. Ini membolehkan scammer menggunakan teknologi ini untuk hasilkan percakapan berdasarkan apa sahaja yang mereka taip.

Bayangkan jika anda dengar suara orang yang anda sayang meminta pertolongan, mesti anda sanggup buat apa sahaja untuk mereka tanpa berfikir panjang, betul tak? Taktik seperti inilah yang digunakan mereka untuk dapatkan wang mangsa. Jadi, sebelum tertipu, pastikan anda kenal betul-betul individu yang hubungi anda lebih-lebih lagi apabila mereka gunakan nombor telefon berbeza dari yang anda simpan.

Sebagai langkah keselamatan, pasang aplikasi seperti Truecaller untuk tapis dan sekat panggilan spam. Namun jika anda terjadi mangsa scammer, segera hubungi Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) di 997 supaya aliran wang tersebut boleh disekat.

[Sumber: WashingtonPost]

Tags: aiSCAM
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Disangka cucu telefon minta bantuan wang, rupanya scammer guna AI menyamar suara

Disangka cucu telefon minta bantuan wang, rupanya scammer guna AI menyamar suara

7 March 2023
Infinix Note 60 Pro dilancar dengan Snapdragon 7s Gen 4 & paparan Active Matrix

Infinix Note 60 Pro dilancar dengan Snapdragon 7s Gen 4 & paparan Active Matrix

27 February 2026
Guna kalkulator ini untuk kira amaun KWSP Akaun 3 yang boleh dikeluarkan

Guna kalkulator ini untuk kira amaun KWSP Akaun 3 yang boleh dikeluarkan

8 May 2024
Xiaomi TV Stick 4K Gen-2 dilancar, tukar TV biasa jadi Google TV pada RM219

Xiaomi TV Stick 4K Gen-2 dilancar, tukar TV biasa jadi Google TV pada RM219

20 February 2026
Honor Magic V6 rasmi, telefon lipat pertama kalis air IP69 dengan bateri besar 6,660mAh

Honor Magic V6 rasmi, telefon lipat pertama kalis air IP69 dengan bateri besar 6,660mAh

2 March 2026
iQoo 15R 15R tiba di Malaysia dengan Snapdragon 8 Gen 5, bateri 7,600mAh, dari RM2,499

iQoo 15R 15R tiba di Malaysia dengan Snapdragon 8 Gen 5, bateri 7,600mAh, dari RM2,499

2 March 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN