• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Peridot, permainan baru yang comel & santai dihasilkan pembangun Pokemon Go

  • OLEH Fatin Amanina
  • 1:33 pm
  • 08/03/2023
  • Komen
Peridot, permainan baru yang comel & santai dihasilkan pembangun Pokemon Go
Share on FacebookShare on Twitter

Anda pernah main Pokemon Go? Bagi saya permainan yang dibangunkan Niantic itu seronok, antara sebabnya ialah saya boleh tangkap pelbagai jenis Pokemon di merata tempat tetapi perlu keluar berjalan secara fizikal. Jika anda menggemarinya juga, jangan ketinggalan untuk main permainan baru yang dibangunkan mereka iaitu Peridot.

Peridot merupakan makhluk maya yang perlu anda perlihara. Dia boleh makan, tidur, bermain dengan mainan, meneroka persekitaran, boleh mengembangkan personaliti dan mereka memerlukan anda untuk menjaga mereka. Setiap Peridot ada keunikan sendiri. Mereka mewarisi gabungan gen daripada ibu bapa mereka yang menjadikan mereka berwarna biru, hitam, bertanduk kambing, telinga besar, ekor lebat dan pelbagai rupa lain.



Tugas anda sebagai penjaganya adalah untuk memasikan Dots gembira, sihat, diberi makan, bawanya bermain dan lakukan pengembaraan bersamanya. Apabila Dots dijaga dengan baik sehingga dewasa, ia boleh keluarkan generasi Dots yang baru pula.

Berdasarkan video teaser Peridot di bawah, anda boleh lihat dua orang individu bawa Dots peliharaan mereka keluar bermain. 2 Dots itu kemudian berjumpa, berkawan dan bermain bersama. Menarik kan? Seperti jaga haiwan peliharaan yang sebenar. Dengan cara ini juga anda mungkin boleh jumpa rakan bermain Peridot yang baru.



Di bandingkan dengan Pokemon Go, saya rasa Peridot ini lebih santai permainannya sebab ia tidak memerlukan anda ke lokasi tertentu untuk menangkap sesuatu. Anda cuma perlu komited menjaganya sahaja. Jika anda suka permainan yang santai dan comel, ini merupakan pilihan yang sangat ideal untuk anda.

Peridot akan dilancarkan secara global pada 9 Mei nanti. Namun, mereka telah mulakan pra-pendaftaran di App Store dan Google Play bermula hari ini. Pastikan anda daftar sekarang sebab Peridot akan berikan ganjaran topi parti eksklusif untuk Dots, bagi yang daftar dan bermain dalam tempoh dua minggu pertama pelancaran.

[Sumber: Play Peridot]

Tags: PeridotPokemon Go
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

15 October 2026
Peridot, permainan baru yang comel & santai dihasilkan pembangun Pokemon Go

Peridot, permainan baru yang comel & santai dihasilkan pembangun Pokemon Go

8 March 2023
RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

31 October 2026
CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

29 October 2026
iPad Mini 2026 Malaysia: Skrin OLED 8.5″, cip A20 Pro & iPad pertama kalis air

iPad Mini 2026 Malaysia: Skrin OLED 8.5″, cip A20 Pro & iPad pertama kalis air

27 October 2026
Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

30 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN