• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Twitter Blue kini di Malaysia, harga langganan serendah RM35 sebulan

  • OLEH Fatin Amanina
  • 12:54 pm
  • 13/03/2023
  • Komen
Twitter Blue kini di Malaysia, harga langganan serendah RM35 sebulan
Share on FacebookShare on Twitter

Ada banyak ciri menarik boleh anda guna apabila melanggan Twitter Blue, ia termasuklah dapat tanda biru di profil dan boleh guna kaedah pengesahan dua faktor (2FA) melalui SMS. Menariknya, Twitter Blue kini ditemui sudah tersedia di Malaysia. Namun, harga yang dikenakan berbeza bergantung pada peranti dan tempoh langganan.

Jika anda gunakan peranti iOS atau Android, anda perlu bayar RM50.00 sebulan untuk melanggan Twitter Blue. Malah, anda boleh jimat 13% dengan menggunakan pelan tahunan yang berharga RM519.90 setahun. Tapi, jika anda daftar di laman web Twitter, ia jauh lebih murah iaitu RM35.00 sebulan atau RM369.00 setahun. Langganan melalui telefon lebih mahal kerana Twitter mengalihkan komisen AppStore kepada pengguna. Ini adalah cara mereka untuk mengimbangi pemotongan 30% yang akan diambil oleh Apple.



Selain dapat tanda biru, ciri istimewa lain yang akan diberikan pada pelanggan Twitter Blue ialah kedudukan anda dalam balasan dan hasil carian akan dinaikkan, iklan Twitter pada profil akan dikurangkan separuh, dibenarkan memuat naik video yang lebih panjang dengan kualiti 1080p, serta pelanggan yang membayar juga boleh menikmati ciri Blue lain seperti Edit Tweet, Bookmark Folders dan akses awal kepada ciri baru yang akan datang.

Untuk langgan Twitter Blue, anda boleh ikut langkah di bawah:



  1. Buka Twitter
  2. Kemudian pergi ke bahagian kiri di halaman utama
  3. Pilih Twitter Blue
  4. Anda akan di paparkan beberapa maklukmat mengenai Twitter Blue beserta harga, tekan butang Subscribe padanya
  5. Lakukan bayaran

[Sumber: SoyaCincau, hiw200]

Tags: TwitterTwitter Blue
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

15 October 2026
Twitter Blue kini di Malaysia, harga langganan serendah RM35 sebulan

Twitter Blue kini di Malaysia, harga langganan serendah RM35 sebulan

13 March 2023
CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

29 October 2026
RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

31 October 2026
iPad Mini 2026 Malaysia: Skrin OLED 8.5″, cip A20 Pro & iPad pertama kalis air

iPad Mini 2026 Malaysia: Skrin OLED 8.5″, cip A20 Pro & iPad pertama kalis air

27 October 2026
Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

30 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN