• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Twitter akan kenakan caj untuk pengesahan dua faktor melalui SMS, pengguna percuma kena cari cara lain untuk selamat

  • OLEH Fatin Amanina
  • 6:26 pm
  • 20/02/2023
  • Komen
Twitter akan kenakan caj untuk pengesahan dua faktor melalui SMS, pengguna percuma kena cari cara lain untuk selamat
Share on FacebookShare on Twitter

Berkuat-kuasa 20 Mac 2023, hanya pelanggan Twitter Blue sahaja akan dapat gunakan kaedah pengesahan dua faktor (2FA) melalui SMS. Jika anda pengguna biasa, maka anda perlu gunakan aplikasi pengesahan atau kunci keselamatan untuk 2FA. Twitter juga akan mematikan 2FA bagi pengguna biasa jika mereka gagal tukar jenis pengesahan lain sebelum tarikh tersebut.

Effective March 20, 2023, only Twitter Blue subscribers will be able to use text messages as their two-factor authentication method. Other accounts can use an authentication app or security key for 2FA. Learn more here:https://t.co/wnT9Vuwh5n

— Twitter Support (@TwitterSupport) February 18, 2023

Dalam pengumumannya, Twitter berkata ia telah membuat keputusan ini selepas melihat 2FA berasaskan nombor telefon disalahguna oleh individu jahat. Sesetengah pengkritik meragui penjelasan Twitter. Mereka membuat spekulasi bahawa niat sebenar syarikat itu adalah untuk tambah SMS 2FA sebagai salah satu ciri premium yang ditawarkan dengan perkhidmatan berbayar.



Langganan Blue berharga antara USD 8 sehingga USD 11 sebulan, atau USD 84 setahun. Jika anda tidak mahu melanggan, maka ada dua pilihan pengesahan anda boleh pilih selain SMS untuk memastikan akaun anda selamat.

Pertama melalui Authentication app (aplikasi pengesahan). Anda akan diminta untuk memautkan aplikasi pengesahan anda ke akaun Twitter dengan mengimbas kod QR. Anda boleh guna mana-mana aplikasi seperti Google Authenticator, Authy, Duo Mobile dan 1Password.



Kedua ialah Security key. Cara ini menggunakan peranti kecil mudah alih seperti USB yang perlu dicucuk di komputer semasa log masuk ke akaun dalam talian. Antara contoh Security key ialah Feitian ePass K9 USB Security Key, GoTrust Idem Key USB-C dan Thetis Fido U2F Security Key.

Feitian ePass K9 USB Security Key
GoTrust Idem Key USB-C
Thetis Fido U2F Security Key
Sumber

Anda boleh ubah lapisan keselamatan di Twitter sekarang melalui cara di bawah:

  1. Buka Twitter gunakan laptop
  2. Di halaman utama pilih More di menu kiri
  3. Pilih Settings and Support
  4. Seterusnya pilih Settings and Privacy
  5. Tekan Security and account access
  6. Pilih Security
  1. Tekan pilihan Two-factor authentication
  2. Akhir sekali pilih lapisan keselamatan yang anda nak

[Sumber: Engadget]

Bacaan Berkaitan

  • Twitter kini tetapkan Timeline lalai ikut pilihan terakhir anda
  • Elon Musk benarkan tweet sehingga 4000 aksara? Apa motifnya?
  • Elon Musk kini pemilik Twitter, cuba teka apa tindakan pertamanya sejurus mengambil alih
Tags: TwitterTwitter Blue
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Teknik fotografi long exposure jadi mudah dengan Samsung Galaxy S23 Ultra

Teknik fotografi long exposure jadi mudah dengan Samsung Galaxy S23 Ultra

27 April 2023
Edisi 2023: Senarai 8 telco yang ada pelan prabayar Internet unlimited di Malaysia

Edisi 2023: Senarai 8 telco yang ada pelan prabayar Internet unlimited di Malaysia

10 Januari 2023
iOS 17: Adakah iPhone anda layak menerimanya? Semak senarai ini

iOS 17: Adakah iPhone anda layak menerimanya? Semak senarai ini

6 Jun 2023
Twitter akan kenakan caj untuk pengesahan dua faktor melalui SMS, pengguna percuma kena cari cara lain untuk selamat

Twitter akan kenakan caj untuk pengesahan dua faktor melalui SMS, pengguna percuma kena cari cara lain untuk selamat

20 Februari 2023
MOHE dan UK tandatangani MoU untuk perkukuh kerjasama bidang pendidikan tinggi, tarik pelajar UK ke Malaysia dan pertingkat ekonomi negara

MOHE dan UK tandatangani MoU untuk perkukuh kerjasama bidang pendidikan tinggi, tarik pelajar UK ke Malaysia dan pertingkat ekonomi negara

12 Mei 2023
Tiada momen yang terlepas daripada lensa Galaxy S23 Ultra, ini sebabnya

Tiada momen yang terlepas daripada lensa Galaxy S23 Ultra, ini sebabnya

27 Mei 2023

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER