• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Apple

Apple akan lancar aplikasi penstriman muzik klasik dengan audio berkualiti tinggi

  • OLEH Putra Aziz
  • 3:28 pm
  • 14/03/2023
  • Komen
Share on FacebookShare on Twitter

Apple dalam persediaan untuk melancarkan platform penstriman muzik baharu khusus untuk muzik klasik iaitu Apple Music Classical. Setelah Apple memperoleh platform penstriman muzik klasik Primephonic pada tahun 2021, Apple dikatakan akan melancarkan aplikasi ini pada akhir tahun 2022, tapi tak kesampaian. Kini, Apple mengesahkan aplikasi ini akan hadir tidak lama lagi menerusi satu hantaran oleh Apple di Twitter.

Introducing Apple Music Classical, the new app designed specifically for classical music. Pre-order today on the @AppStore. https://t.co/lwnF4Dx4ua pic.twitter.com/F8uMKMVm2i

— Apple Music Classical (@AppleClassical) March 9, 2023

Ia akan menawarkan lebih 5 juta muzik klasik dengan audio berkualiti tinggi, serta beratus senarai main tersusun termasuk album-album eksklusif. Platform ini juga membolehkan pengguna melihat biografi komposer dan maklumat lebih lanjut berkaitan lagu. Untuk tidak keliru, aplikasi muzik klasik ini satu platform berasingan dengan platform penstriman Apple Music.



Apa yang menarik pada Apple Music Classical yang tiada pada Apple Music adalah, pengguna boleh mencari melalui nama komposer, karya, konduktor muzik atau nombor katalog sesebuah rakaman. Aplikasi itu juga membenarkan pengguna membaca nota editorial berkaitan komposer dan keterangan hasil kerja mereka. Bukan itu sahaja, komposer terkemuka juga akan ada potret digital mereka dalam resolusi tinggi. Semasa pelancaran, potret yang akan tersedia adalah Ludwig van Beethoven, Frédéric Chopin and Johann Sebastian Bach.

Apple Music Classical boleh di strim sehingga 192kHz/24-bit Hi-Res Lossless. Tambahan pula, beribu lagu juga boleh dimainkan dengan ciri Audio Ruang Apple. Aplikasi tersebut telah boleh mula di pra tempah di App Store sekarang, dan akan dilancarkan pada Mac 28.



Apple dikatakan banyak bekerjasama dengan artis klasik dan institusi muzik untuk menawarkan lebih banyak kandungan dan rakaman eksklusif semasa pelancaran dan ini akan diteruskan pada masa hadapan. Untuk sesiapa yang ingin mengetahui perkembangan aplikasi ini, boleh layari laman twitter @appleclassical.

Untuk mengakses Apple Classical Music, tiada caj dikenakan pada pelanggan Apple Music kerana ia adalah sebahagian daripada langganan platform itu. Bagi yang belum melanggan Apple Music, anda boleh dapatkan pelan langganannya di Malaysia pada harga RM8.90 untuk pelajar, RM16.90 untuk individu dan RM25.90 untuk Family.

Semasa pelancaran, aplikasi ini akan tersedia pada iOS sahaja, tetapi akan datang pada Android juga kelak. 

[Sumber: TechCrunch]

Tags: appleapple musiciOS
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Apple akan lancar aplikasi penstriman muzik klasik dengan audio berkualiti tinggi

14 March 2023
Vivo V80 Lite 5G dengan bateri 10,000mAh rasmi di Malaysia, harga dari RM1,399

Vivo V80 Lite 5G dengan bateri 10,000mAh rasmi di Malaysia, harga dari RM1,399

4 September 2026
Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

2 September 2026
8 perkara wajib tahu sebelum naik ETS EMUPlus ke Ipoh di stesen Bandar Tasik Selatan!

8 perkara wajib tahu sebelum naik ETS EMUPlus ke Ipoh di stesen Bandar Tasik Selatan!

3 September 2026
Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

1 September 2026
Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

1 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN