• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Grab sediakan ciri rakam audio untuk penumpang & pemandu, golongan wanita wajib hidupkannya!

  • OLEH Fatin Amanina
  • 1:36 pm
  • 14/03/2023
  • Komen
Grab sediakan ciri rakam audio untuk penumpang & pemandu, golongan wanita wajib hidupkannya!
Share on FacebookShare on Twitter

Anda pernah rasa risau tak, jika diganggu pemandu e-hailing semasa menggunakan perkhidmatan mereka? Contohnya jika mereka bercakap menggunakan bahasa lucah dan tidak selesa di dengar. Situasi ini mungkin akan berlaku secara tiba-tiba dan kita tidak sempat merakamnya untuk dijadikan bukti. Tapi jika anda naiki Grab, ada satu ciri baru dilancarkan boleh membantu anda iaitu AudioProtect. Ini merupakan ciri perakam audio yang boleh dihidupkan untuk pemandu dan penumpang.

Menurut Grab, ciri tersebut akan rakam audio sepanjang tempoh perjalanan dan ia akan disulitkan dan disimpan pada peranti anda sehingga 5 hari. Rakaman audio hanya akan dihantar kepada Grab jika insiden berkaitan keselamatan dilaporkan. Berikut merupakan cara untuk aktifkan AudioProtect:



  1. Buka aplikasi Grab
  2. Tekan Account 
  3. Pilih Safety Settings
  4. Hidupkan butang Enable Audio Protect
  5. Pada halaman seterusnya tekan Enable
  6. AudioProtect anda selesai dihidupkan

Anda akan dapat lihat mesej pop-up Recording: On muncul dalam aplikasi apabila ciri ini sedang berfungsi semasa perjalanan. Kebenaran mikrofon juga diperlukan untuk membenarkan AudioProtect mengumpul rakaman audio. Storan dalaman yang mencukupi perlu ada untuk memastikan ciri ini berfungsi.

Jika anda atau pemandu menerima panggilan masuk, rakaman akan hentikan (pause) buat sementara waktu dan ia akan disambung semula setelah panggilan tamat.



Menurut FAQ, setelah anda hidupkan ciri ini, AudioProtect akan rakam semua audio sewaktu perjalanan anda bermula hinggalah ia selesai. Tapi ia hanya akan berfungsi sekiranya anda dan pemandu sama-sama memberikan kebenaran untuk AudioProtect di hidupkan. Fail audio yang dirakam akan disulitkan dan tidak boleh diakses oleh kedua-dua pihak. Klip audio tersebut tidak akan dimuat naik atau diakses oleh Grab melainkan terdapat insiden berkaitan keselamatan berlaku.

Apabila insiden berkaitan keselamatan dilaporkan, barulah fail audio akan dimuat naik ke sistem Grab dan disemak oleh ahli pasukan keselamatan Grab. Klip yang dimuat naik akan disimpan dengan selamat oleh Grab selama 6 bulan dan ia boleh dilanjutkan berdasarkan jangka masa siasatan kes.

Bagi saya, ini adalah ciri yang menarik dari Grab untuk memastikan penumpang selamat semasa menggunakan perkhidmatan mereka. Penumpang terutamanya golongan wanita wajib hidupkan ciri ini supaya perbualan bersama pemandu dapat di rakam dan gangguan juga boleh dielakkan.

[Sumber: SoyaCincau, Grab]

Bacaan berkaitan

  • Untuk perjalanan lebih senyap, butang Quiet Ride diaktifkan untuk semua pengguna Grab
  • Grab naikkan kadar tambang per minit 115%, apa maknanya
Tags: Grab
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Grab sediakan ciri rakam audio untuk penumpang & pemandu, golongan wanita wajib hidupkannya!

Grab sediakan ciri rakam audio untuk penumpang & pemandu, golongan wanita wajib hidupkannya!

14 March 2023
Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

2 November 2026
RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

31 October 2026
Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

3 November 2026
CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

29 October 2026
Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

30 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN