• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

KLIA Ekspres dan Transit benarkan bawa basikal dan skuter dalam tren pada hari tertentu

  • OLEH Putra Aziz
  • 3:42 pm
  • 14/03/2023
  • Komen
Share on FacebookShare on Twitter

Anda nak pergi bersiar-siar menaiki basikal pada masa yang sama menggunakan pengangkutan awam di laluan KLIA Ekspres? Anda boleh lakukannya sekarang setelah Express Rail Link (ERL) mengumumkan kebenaran basikal atau skuter dibawa ke dalam tren KLIA Ekspres dan KLIA Transit.

Bukan lah satu benda baru untuk dibenarkan membawa basikal dan skuter dalam pengangkutan awam kerana RapidKL juga ada memberi keistimewaan serupa pada servisnya di MRT laluan Kajang, LRT laluan Ampang dan Sri Petaling atau LRT laluan Kelana Jaya. Kini, ia tidak terhad pada laluan di sekitar Kuala Lumpur sahaja.



Walau bagaimanapun, ada beberapa peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak KLIA Ekspres berkenaan kebenaran membawa basikal dalam tren. Penumpang boleh membawa basikal atau skuter tidak boleh lipat hanya pada hari minggu dan cuti umum sahaja. Manakala basikal atau skuter boleh lipat dibenarkan dibawa setiap hari. Ianya masuk akal memandangkan basikal tidak boleh lipat akan mengganggu penumpang lain, lagi-lagi pada waktu puncak pergi dan balik kerja.

Selain itu, diingatkan juga bagi mereka yang membawa basikal untuk mempraktikkan dan mematuhi 3 perkara ini iaitu ‘Sentiasa ada dengan basikal anda’, Memastikan anda dan basikal tidak menghalang laluan’ dan ‘Bertimbang rasa terhadap penumpang lain’. Untuk sampai ke tren, pengguna perlu masuk atau keluar menggunakan pagar besar, mengangkut basikal menggunakan tangga atau menggunakan lif, dan beri laluan pada penumpang lain dahulu untuk keluar dan masuk tren.



Yang tidak bolehnya, pengguna dilarang untuk menaiki basikal di platform, menggunakan basikal di eskalator dan duduk atas basikal semasa dalam tren. Jadi, anda dinasihatkan untuk mematuhi peraturan yang telah ditetapkan untuk menggunakan kelebihan ini.

[Sumber: Paultan / KLIA Ekspres]

Tags: KLIAKLIA Ekspressklia transit
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

KLIA Ekspres dan Transit benarkan bawa basikal dan skuter dalam tren pada hari tertentu

14 March 2023
Siri Oppo Reno 14 kini rasmi dengan Dimensity 8450, bateri 6,200mAh, harga dari RM1,399

Siri Oppo Reno 14 kini rasmi dengan Dimensity 8450, bateri 6,200mAh, harga dari RM1,399

1 July 2025
Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER