• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Tinggal puasa & belum bayar fidyah? Ini cara lunaskannya secara online mengikut negeri

  • OLEH Fatin Amanina
  • 2:08 pm
  • 15/03/2023
  • Komen
Tinggal puasa & belum bayar fidyah? Ini cara lunaskannya secara online mengikut negeri
Share on FacebookShare on Twitter

Bulan Ramadan semakin hampir, bagi individu yang tidak berpuasa penuh pada tahun lepas atau sebelumnya, anda perlu ganti puasa itu dan wajib melunaskan pembayaran fidyah. Fidyah ialah denda ke atas umat Islam yang telah baligh namun meninggalkan puasa wajib atas sebab-sebab tertentu, atau sengaja melewatkan puasa ganti. Bayaran fidyah wajib disempurnakan mengikut bilangan hari yang ditinggalkan.

Jika anda tertanya-tanya apakah keadaan yang memerlukan sesorang membayar Fidyah? Ini merupakan situasi yang diberikan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM):



  1. Perempuan hamil yang bimbangkan keselamatan kandungan jika berpuasa Ramadan
  2. Individu musafir, wanita haid dan orang sembuh dari sakit yang tidak segera qada puasa hingga masuk Ramadan tahun hadapan
  3. Perempuan yang menyusukan anak dan bimbang keselamatan bayinya jika berpuasa Ramadan
  4. Perempuan yang haid dan tak dapat berpuasa ketika Ramadan, namun tak ganti puasanya sebelum Ramadan tahun berikut
  5. Orang tua sangat uzur dan tak mampu berpuasa Ramadan
  6. Orang sakit dan tiada harapan sembuh

Bagi memudahkan urusan individu membayar fidyah, di bawah ini merupakan platform yang boleh anda kunjungi bagi negeri tertentu untuk bayar fidyah secara dalam talian.

1. Kedah

Bayaran minimum fidyah untuk negeri Kedah ialah RM1.80. Anda boleh bayarnya melalui portal E-Fidyah, Majlis Agama Islam Negeri Kedah. Ada kalkulator pengiraan jumlah bayaran disediakan. Anda cuma perlu masukkan maklumat yang diperlukan seperti tahun mula dan terakhir tinggal puasa serta bilangan hari.



2. Melaka

Bagi negeri Melaka, kadar Fidyah yang dikenakan ialah RM1.80. Anda boleh kunjungi portal Majlis Agama Islam Melaka untuk membayarnya. Ada disediakan juga kalkulator untuk anda kira jumlah bayaran, maka anda perlu isikan sahaja maklumat yang diperlukan.

3. Perak

Kadar bayaran fidyah untuk negeri Perak ialah RM1.90. Pengiraan serta bayaran boleh dilakukan di portal eFidyah Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Perak Darul Ridzuan.

4. Negeri Sembilan

Untuk Negeri Sembilan, kadar bayaran fidyah adalah serendah RM1.75 bagi sehari puasa yang ditinggalkan. Kiraan dan bayaran boleh dilakukan di laman web Majlis Agama Islam Negeri Sembilan.

5. Perlis

Negeri Perlis mengenakan kadar fidyah RM5.00. Namun mereka tidak menyediakan kalkulator untuk anda kira jumlah yang perlu di bayar, maka anda perlu kiranya sendiri. Bayaran pula boleh dilakukan secara pemindahan di dalam talian menerusi nombor akaun 09010010002497 (Bank Islam Malaysia).

6. Terengganu

Negeri Terengganu pula mengenakan bayaran RM1.75 bagi sehari puasa yang ditinggalkan. Anda boleh buat kiraannya di sini. Namun untuk pembayaran anda perlu lakukan pemindahan secara dalam talian di 13017010056952 (Bank Islam Malaysia) atas nama Sumber Am / Baitulmal.

7. Selangor

Kadar bayaran fidyah di Selangor ada 3 iaitu RM2, RM4 dan RM6. Ia berbeza mengikut jenis beras yang dimakan di rumah. Anda boleh pilih mengikut kemampuan. Pengiraan dan bayaran boleh dilakukan di portal rasmi Zakat Selangor.

8. Johor

Negeri Johor memberi 2 pilihan kadar bayaran fidyah iaitu RM1.75 dan RM3.25, ia berbeza mengikut jenis beras yang dimakan di rumah. Kiraan dan bayaran boleh dibuat di kaunter Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) yang berhampiran atau secara dalam talian melalui aplikasi eFidyah.

Sumber

9. Wilayah Persekutuan

Untuk W.Persekutuan, bayaran fidyah untuk sehari puasa yang ditinggalkan ialah RM4. Anda boleh bayar dan kira jumlah yang perlu dibayar melalui portal Zakat2u.

10. Pulau Pinang

Bagi penduduk Pulau Pinang, anda boleh kira bayaran fidyah di portal zakat Pulau Pinang. Bayaran yang dikenakan untuk sehari tinggal puasa ialah RM1.75. Setelah tahu jumlah bayaran, anda boleh lakukan bayaran dalam talian melalui beberapa cara, antaranya menggunakan Gopayz, Jompay, perbankan internet dan banyak lagi.

11. Pahang

Kadar fidyah negeri Pahang ialah RM1.75. Anda boleh kira jumlah yang perlu di bayar dan lakukan bayaran secara dalam talian di portal zakat Pahang.

12. Kelantan

Negeri Kelantan pula mengenakan bayaran RM1.75 bagi sehari puasa yang ditinggalkan. Anda boleh buat kiraan dan lakukan bayaran dengan mudah di portal zakat Kelantan.

13. Sarawak

Bagi penduduk Sarawak, kadar fidyah yang dikenakan ialah RM1.75. Namun tiada platform rasmi Sarawak menyediakan kemudahan bayaran dan pengiraan secara dalam talian. Jadi anda perlu lakukannya secara manual.

14. Sabah

Untuk Negeri Sabah, kadar bayaran fidyah adalah serendah RM1.75 bagi sehari puasa yang ditinggalkan. Kiraan boleh dilakukan di laman web Baitulmal Sabah. Tapi bayaran mesti dilakukan secara pemindahan dalam talian di 560148685147 (Maybank) atas nama Perbadanan Baitulmal Negeri Sabah.

[Sumber: Jakim]

Tags: fidyahramadanzakat
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Tinggal puasa & belum bayar fidyah? Ini cara lunaskannya secara online mengikut negeri

Tinggal puasa & belum bayar fidyah? Ini cara lunaskannya secara online mengikut negeri

15 March 2023
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
BYD Atto 3 Malaysia: Pemilik dakwa kereta brek mengejut dengan sendiri & sistem kuasa gagal di lebuhraya

BYD Atto 3 Malaysia: Pemilik dakwa kereta brek mengejut dengan sendiri & sistem kuasa gagal di lebuhraya

6 May 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER