• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Touch n Go umum lantikan Ketua Pegawai Eksekutif baru

  • OLEH Najib
  • 12:31 pm
  • 15/03/2023
  • Komen
Touch n Go umum lantikan Ketua Pegawai Eksekutif baru
Share on FacebookShare on Twitter

Touch n Go baru-baru ini mengumumkan bahawa mereka akan melantik Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baru tidak lama lagi. Beliau adalah Praba Sangarajoo dan lantikannya berkuatkuasa dari 1 April 2023.

Praba bukanlah nama baru di Touch n Go kerana beliau kini memegang jawatan Timbalan CEO, Perniagaan & Pertumbuhan Touch n Go. Dia menyertai syarikat sejak Jun 2021 dan bertanggungjawab dalam pertumbuhan pendapatan, perniagaan baru dan inovasi produk, serta pengurusan hubungan pemegang taruh dan kerajaan. Semasa memegang jawatan ini, dia telah menerajui pelancaran produk baru dan memperkenal saluran baru pendapatan termasuk RFID di plaza tol dan mengisi minyak, serta kad Touch n Go Enhanced NFC, dan juga pengambilalihan beberapa tapak meletak kenderaan tahun 2022.



Sebelum menyertai Touch n Go, Praba memegang jawatan sebagai CEO di Xperanti IoT (M) Sdn Bhd dan pernah bertugas sebagai Ketua Pegawai Operasi (Rel) di Sapura Secured Technologies. Sebelum itu, dia telah berkhidmat di pelbagai jawatan pengurusan syarikat multinasional seperti Nokia Siemens Networks dan Fujitsu. Praba memiliki Ijazada dalam bidang Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik daripada Universiti Northumbria.

Mengulas tentang lantikan ini, Pengerusi Kumpulan Touch n Go, Dato Zainal Abidin Putih berkata, “Kami mengucapkan tahniah kepada Praba atas kenaikan pangkatnya ke jawatan baharu sebagai CEO Touch n Go. Pengalaman luas Praba sebelum menyertai Touch n Go ditambah pula dengan pengalamannya dalam mengendalikan bahagian Perniagaan & Pertumbuhan Touch n Go, akan menjadi tidak ternilai dalam membawa syarikat ke tahap pertumbuhan seterusnya. Beliau akan bertanggungjawab untuk meneruskan trajektori pertumbuhan perniagaan Kumpulan dalam mengharungi landskap yang semakin kompetitif dalam industri fintek.”



“Walaupun Touch n Go telah menjadi bentuk pembayaran utama di tol lebuhraya, syarikat kini juga mengendalikan pelbagai perniagaan dan aliran pendapatan, dan berdaya saing merentasi semua bahagian, bukan hanya di tol. Masih terdapat ruang yang besar untuk inovasi di seluruh perniagaan kami dengan potensi pertumbuhan selanjutnya. Kami yakin Praba mempunyai kepintaran perniagaan dan keupayaan kepimpinan untuk mengemudi Touch n Go melalui fasa strategik seterusnya dan mencapai kejayaan yang lebih besar pada masa hadapan.”

Bacaan Berkaitan

  • Anda boleh beli kad Touch n Go NFC sekarang tapi dengan kombo RFID
  • Periksa tarikh luput kad TNG Enhanced anda, 10 tahun atau 7 tahun?
  • Elak rakyat keliru, kerajaan arah kad Touch ‘n Go Visa ditukar nama
Tags: Praba SangarajooTouch n Go
Najib

Najib

POPULAR

Kenapa akaun TNG eWallet boleh digantung sementara, dan apa yang perlu anda tahu

Kenapa akaun TNG eWallet boleh digantung sementara, dan apa yang perlu anda tahu

27 January 2026
Dongfeng 007 Malaysia: Sedan elektrik berkuasa 536hp, harga dari RM161k

Dongfeng 007 Malaysia: Sedan elektrik berkuasa 536hp, harga dari RM161k

6 February 2026
Touch n Go umum lantikan Ketua Pegawai Eksekutif baru

Touch n Go umum lantikan Ketua Pegawai Eksekutif baru

15 March 2023
Dongfeng Vigo dilancar di Malaysia, SUV elektrik kompak RM100k saingi BYD Atto 2

Dongfeng Vigo dilancar di Malaysia, SUV elektrik kompak RM100k saingi BYD Atto 2

5 February 2026
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
SARA RM100 dikreditkan hari ini, kini terpakai untuk makanan sejuk beku

SARA RM100 dikreditkan hari ini, kini terpakai untuk makanan sejuk beku

9 February 2026

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER