• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

MRT Putrajaya dibuka hari ini, percuma sehingga 31 Mac di 36 stesen

  • OLEH Najib
  • 11:05 am
  • 16/03/2023
  • Komen
MRT Putrajaya dibuka hari ini, percuma sehingga 31 Mac di 36 stesen
Share on FacebookShare on Twitter

Orang ramai boleh mula menggunakan Transit Aliran Massa (MRT) untuk Laluan Putrajaya bermula hari ini, jam 3 petang selepas ia selamat dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim pagi ini. Dalam majlis yang sama, Anwar turun mengumumkan tambang percuma untuk laluan ini.

Tambang percuma bagi perkhidmatan MRT Laluan Putrajaya bermula hari ini hingga 31 Mac – PM @anwaribrahim pic.twitter.com/0RCcvHD7NW

— BERNAMA (@bernamadotcom) March 16, 2023

Tambang percuma bagi perkhidmatan MRT Laluan Putrajaya diberikan bermula hari ini, 16 Mac jam 3 petang sehingga 31 Mac 2023. Ia melibatkan semua 36 stesen dalam laluan tersebut, dari Stesen Kwasa Damansara sehingga Putrajaya Sentral.



Bagaimanapun, maklumat lanjut tentang tambang percuma ini belum diketahui lagi. Dijangkakan, RapidKL akan mengumumkan perkara tersebut sebelum ia bermula jam 3 petang ini.

Ini kerana tambang percuma ini melibatkan laluan Putrajaya sahaja, tidak termasuk perkhidmatan tren lain seperti LRT Laluan Ampang, Seri Petaling dan Kelana Jaya, Monorel dan juga MRT Laluan Kajang. Tren di Lembah Klang merupakan sistem bersepadu di mana pengguna boleh menukar laluan tanpa perlu keluar dari stesen.



Kami menjangkakan, pengguna yang keluar atau masuk menerusi salah satu daripada 36 stesen MRT Laluan Putrajaya dapat menikmati tambang percuma ini. Tidak kira anda menggunakan laluan tren apa, pastikan keluar atau masuk daripada stesen MRT Laluan Putrajaya. Tetapi perkara ini belum disahkan, perlu menunggu kenyataan rasmi RapidKL.

Tahun lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri mengumumkan semua pengangkutan awal kendalian RapidKL percuma selama sebulan, selepas melancarkan Fasa Pertama MRT Laluan Putrajaya. Terdapat 12 stesen di dalam fasa pertama ini, dari Kwasa Damansara sehingga Kampung Batu.

Bacaan Berkaitan

  • MRT 2 Kwasa Damansara – Putrajaya Sentral akan dibuka 16 Mac 2023 jam 3 petang
  • MRT Dari Sungai Buloh Ke Putrajaya Bakal Dibuka Untuk Tampung Setengah Juta Penumpang Sehari
  • Tambang percuma sehingga 15 Julai 2022 untuk MRT, LRT, BRT, Monorail, dan Rapid KL
Tags: MRTMRT PutrajayaRapidKL
Najib

Najib

POPULAR

Honda WR-V akan dilancar di Malaysia, SUV kompak pesaing Perodua Ativa dan Proton X50

Honda WR-V akan dilancar di Malaysia, SUV kompak pesaing Perodua Ativa dan Proton X50

20 Mac 2023
Blueshark R1 Malaysia: Skuter elektrik patuh JPJ, cukai jalan percuma ditawar bermula RM7,190

Blueshark R1 Malaysia: Skuter elektrik patuh JPJ, cukai jalan percuma ditawar bermula RM7,190

21 Mac 2023
Ini rahsia bagaimana bateri Galaxy Z Flip4 boleh tahan siang ke malam

Ini rahsia bagaimana bateri Galaxy Z Flip4 boleh tahan siang ke malam

1 Disember 2022
Ini rahsia bagaimana bateri Galaxy Z Flip4 boleh tahan siang ke malam

Nak telefon unik dengan pelekat & warna idaman? Semuanya boleh dengan Galaxy Z Flip4 Bespoke

1 Disember 2022
MRT Putrajaya dibuka hari ini, percuma sehingga 31 Mac di 36 stesen

MRT Putrajaya dibuka hari ini, percuma sehingga 31 Mac di 36 stesen

16 Mac 2023
5 Terbaik: Jalur Lebar Tetap Paling Berbaloi Untuk Bajet RM150

5 Terbaik: Jalur Lebar Tetap Paling Berbaloi Untuk Bajet RM150

22 Mac 2023

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER