• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Kontrak CEO DNB, Ralph Marshall tidak disambung

  • OLEH Najib
  • 11:23 am
  • 17/03/2023
  • Komen
Kontrak CEO DNB, Ralph Marshall tidak disambung
Share on FacebookShare on Twitter

Kontrak Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Digital Nasional berhad (DNB), Ralph Mrshall dilaporkan tidak disambung lagi. Seperti yang dilaporkan oleh New Straits times dan The Vibes, kontrak Ralph Marshall sepanjang 2 tahun yang tamat pada 11 Mac, tidak diperbaharui dan ini bermakna, jawatan teratas DNB ini telah dikosongkan.

Sehingga kini, DNB masih tidak mengeluarkan sebarang kenyataan tentang penggantinya. Dipercayai, tugasan tersebut sedang digalas oleh dua pegawai.



Ralph Marshall dilantik sebagai CEO DNB pada 1 Mac 2021, selepas Kementerian Kewangan mengumumkan DNB sebagai syarikat tujuan khas (SPV) kerajaan untuk membangunkan dan menyelenggara rangkaian 5G menerusi model rangkaian borong tunggal (SWN). Ralph adalah veteran industri dan pernah berkhidmat di jawatan tertinggi Astro dan Maxis.

Semasa tempoh Ralph sebagai CEO, DNB telah melancarkan rangkaian 5G Malaysia pada Disember 2021, meliputi 500 tapak di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Cyberjaya. Di bawah pelan pembangunan yang agresif, DNB mensasarkan untuk mencapai 80% liputan 5G di kawasan berpenduduk menjelang akhir 2024. Pada akhir 2022, DNB mendakwa telah mencapai hampir 50% liputan 5G di kawasan berpenduduk, di 3,900 tapak di seluruh Malaysia. Tetapi tidak lama selepas itu, DNB mengaku bahawa tapak yang boleh diakses pengguna hanya meliputi 38% di kawasan berpenduduk dan tapak selebihnya sedang menanti kemasukan telco.



Di bawah Kerajaan Perpaduan, Malaysia kini mensasarkan untuk mempercepat pembangunan 5G dan mencapai 80% kiputan di kawasan berpenduduk menjelang akhir tahun ini. Ia adalah setahun lebih awal daripada sasaran asal DNB. Perdana Menteri yang merangkap Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membentangkan Belanjawan 2023 berkata, kerajaan akan memastikan DNB ditadbir dengan lebih telus dan mencapai kata sepakat bersama telco lain.

Menteri Komunikasi dan Digital, YB Fahmi Fadzil menjelaskan, kerajaan mensasarkan untuk melengkapkan kajian semula pembangunan 5G Malaysia pada akhir bulan ini. Kerajaan dikhabarkan sedang mempertimbangkan beberapa pilihan, antaranya melaksanakan model Dwi-Rangkaian Borong (DWN) dengan membenarkan rangkaian 5G kedua, atau menswastakan DNB kepada konsortium yang diterajui pihak bukan kerajaan.

DNB sendiri pernah memberi amaran bahawa rangkaian kedua 5G di Malaysia akan meningkatkan kos pembangunan 5G dan perkongsian spektrum akan menjejaskan kualiti perkhidmatan. Tetapi GSMA baru-baru ini mengeluarkan kenyataan bahawa persaingan infrastruktur adalah kunci untuk memacu inovasi di Malaysia, kerana keinginan untuk berinovasi menurun di dalam persekitaran SWN. GSMA menambah, Malaysia memiliki spektrum mencukupi untuk menyokong lebih daripada datu penyedia 5G. GSMA turut menjelaskan, negara jiran Malaysia memiliki rangkaian 5G yang bersaing satu sama lain tetapi masih ada spektrum mencukupi untuk menyokongnya.

[Sumber: NST]
[Gambar: Malay Mail]

Tags: 5g5g malaysiaDNBRalph Marshall
Najib

Najib

POPULAR

Honda WR-V akan dilancar di Malaysia, SUV kompak pesaing Perodua Ativa dan Proton X50

Honda WR-V akan dilancar di Malaysia, SUV kompak pesaing Perodua Ativa dan Proton X50

20 Mac 2023
Blueshark R1 Malaysia: Skuter elektrik patuh JPJ, cukai jalan percuma ditawar bermula RM7,190

Blueshark R1 Malaysia: Skuter elektrik patuh JPJ, cukai jalan percuma ditawar bermula RM7,190

21 Mac 2023
Ini rahsia bagaimana bateri Galaxy Z Flip4 boleh tahan siang ke malam

Ini rahsia bagaimana bateri Galaxy Z Flip4 boleh tahan siang ke malam

1 Disember 2022
Ini rahsia bagaimana bateri Galaxy Z Flip4 boleh tahan siang ke malam

Nak telefon unik dengan pelekat & warna idaman? Semuanya boleh dengan Galaxy Z Flip4 Bespoke

1 Disember 2022
Kontrak CEO DNB, Ralph Marshall tidak disambung

Kontrak CEO DNB, Ralph Marshall tidak disambung

17 Mac 2023
5 Terbaik: Jalur Lebar Tetap Paling Berbaloi Untuk Bajet RM150

5 Terbaik: Jalur Lebar Tetap Paling Berbaloi Untuk Bajet RM150

22 Mac 2023

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER