• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

United Kingdom & New Zealand, ikut jejak AS haramkan TikTok di peranti pegawai kerajaan

  • OLEH Najib
  • 4:35 pm
  • 19/03/2023
  • Komen
United Kingdom & New Zealand, ikut jejak AS haramkan TikTok di peranti pegawai kerajaan
Share on FacebookShare on Twitter

United Kingdom dan New Zealand telah mengeluarkan arahan yang mengharamkan pegawai kerajaan menggunakan aplikasi TikTok di peranti mereka. Ia adalah arahan yang serupa dikeluarkan oleh kerajaan Kanada, Amerika Syarikat (AS) dan Kesatuan Eropah.

Walaupun aplikasi TikTok tidak digunakan secara meluas oleh pegawai kerajaan UK, langkah ini diambil sebagai tindakan berjaga-jaga terhadap kepentingan kerajaan China dengan pemilik TikTok, ByteDance. Lebih merisaukan adalah kemungkinan kerajaan China mendesak ByteDance berkongsi maklumat pengguna.



Sehubungan itu, TikTok mengeluarkan kenyataan dan menyatakan rasa kesal dengan keputusan dibuat kerajaan UK itu. Menurut jurucakap Tiktok, mereka yakin pengharaman ini dibuat berdasarkan salah faham serta didorong oleh penggunaan meluas TikTok termasuk jutaan pengguna di UK, tidak ketinggalan.

Kata jurucakap itu lagi, pengurusan aplikasi TikTok dalam masa sama menegaskan, akan kekal komited untuk bekerjasama dengan kerajaan dalam menyampaikan apa sahaja kebimbangan yang berlandaskan fakta selain memberi layanan sama rata kepada pesaing.



Pengumuman dibuat kerajaan UK itu dibuat sehari selepas kerajaan AS meminta pemilik syarikat aplikasi itu menjual kepentingannya atau berhadapan dengan tindakan diharamkan. Malah, TikTok tidak menerima sebarang permintaan daripada kerajaan China mengenai maklumat pengguna dan akan menolak permintaan berkaitan.

[Sumber: Awani, Guardian]

Bacaan Berkaitan

  • Ada ahli politik kawal kandungan TikTok? Ini jawapan TikTok Malaysia
  • Boleh tengok TikTok di skrin yang lagi besar dengan TikTok TV, kini ada di Malaysia
  • Tiktok Series, cara baru jana wang menerusi drama bersiri, resipi masakan & banyak lagi
  • Bimbang diintip, Tiktok bakal diharamkan di Amerika Syarikat
Tags: ByteDanceTikTok
Najib

Najib

POPULAR

United Kingdom & New Zealand, ikut jejak AS haramkan TikTok di peranti pegawai kerajaan

United Kingdom & New Zealand, ikut jejak AS haramkan TikTok di peranti pegawai kerajaan

19 March 2023
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
Xiaomi Pad 7S Pro dilancar, tablet pertama guna cip XRing O1 buatan Xiaomi

Xiaomi Pad 7S Pro dilancar, tablet pertama guna cip XRing O1 buatan Xiaomi

7 July 2025
iQoo Z10 tiba di Malaysia, telefon gaming bajet dengan bateri besar 7,300mAh

iQoo Z10 tiba di Malaysia, telefon gaming bajet dengan bateri besar 7,300mAh

3 July 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER