• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Honda BRV, SUV 7-tempat duduk tidak akan dijual lagi di Malaysia

  • OLEH Najib
  • 2:01 pm
  • 20/03/2023
  • Komen
Honda BRV, SUV 7-tempat duduk tidak akan dijual lagi di Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

Selain mengumumkan kedatangan Honda WR-V ke Malaysia tidak lama lagi, Honda Malaysia turut membuat satu lagi pengumuman besar tentang perancangan tahun 2023. Dalam pengumuman tersebut, apabila ditanya tentang model baru dengan 7-tempat duduk, Penyelaras Eksekutif, Yujiro Sugino menyatakan apa yang boleh disahkan adalah, BR-V akan dihentikan jualannya.

Ini kerana model WR-V yang akan datang, bakal mengisi ruang kecil pasaran tempatan untuk kenderaan SUV kompak. Malah, WR-V tampil dengan lebih banyak naik taraf dari segi ruang, teknologi dan bantuan pemanduan. Ini menjadikan WR-V pilihan lebih menarik berbanding BR-V.



Honda BR-V generasi kedua

Honda Malaysia melihat masih ada ruang untuk jualan SUV kompak di Malaysia, walaupun BR-V tidak menunjukkan populariti sebelum ini. Antara tahun 2017 ke tahun 2020, sebanyak 40,000 unit BR-V telah dijual di Malaysia. Nampak agak banyak, tetapi ia sebenarnya sangat sedikit apabila melihat Honda City terjual hampir 40,000 unit untuk tahun 2022 sahaja.

Selain itu, data jualan Perodua turut menyokong perkara ini apabila melihat jualan Ativa melebihi Aruz yang lebih besar pada tahun 2021. Aruz hanya terjual separuh daripada unit Ativa di Malaysia. Sebagai model lebih baharu, pastinya Ativa menjadi pilihan lebih ramai pengguna berbanding Aruz.



Pesaing baru lebih murah daripada Perodua dan Toyota

Perodua Alza generasi kedua (kiri) dan Toyota Veloz (kanan)

Walaupun tidak dinyatakan dengan jelas, satu lagi punca Honda menghentikan jualan BR-V adalah sebab peningkatan jualan MPV Perodua dan Toyota. Apabila Alza yang berusia 13 tahun diganti model baru tahun lepas, ia memberi saingan sengit kepada jenama lain untuk model SUV. Walaupun agak mahal dengan julat harga antara RM62,500 hingga RM75,500, ia masih lebih murah berbanding Honda BR-V yang berharga dari RM90,700 dengan teknologi lebih tua.

Tetapi saingan lebih sengit adalah model Alza yang lebih premium, iaitu Toyota Veloz. Harganya sedikit mahal daripada BR-V tetapi lengkap dengan ciri lebih canggih dan rupa lebih menawan.

Membawa model BR-V yang baru boleh menyelesaikan masalah persaingan kerana ia lebih canggih, tetapi masih tidak mampu mengatasi masalah utama iaitu harga. Menghasilkan model yang lebih besar dan canggih ini memerlukan modal yang lebih besar. Di Thailand, BR-V yang baru dijual pada harga THB 915,000 (~RM120,048).

Honda WR-V lebih murah, mencabar segmen Proton dan Perodua

Tolak tambah tukaran matawang asing, harga BR-V model baru jika dibawa ke Malaysia pasti tetap melebihi RM100,000. Pastinya membuatkan orang ramai berfikir berkali-kali untuk memilikinya. Dari sini, boleh dilihat mengapa Honda Malaysia mengambil keputusan untuk menghentikan jualan BR-V dan melancarkan WR-V yang lebih kecil. Untuk memastikan jualan lebih meyakinkan di dalam pasaran tempatan, yang lebih mengutamakan jenama dan harga.

Tags: hondaHonda BR-V
Najib

Najib

POPULAR

BUDI95: Kenapa jumlah di pam RON95 lebih tinggi dari bayaran sebenar? Ini sebabnya

BUDI95: Kenapa jumlah di pam RON95 lebih tinggi dari bayaran sebenar? Ini sebabnya

1 October 2025
Xiaomi 17, 17 Pro & 17 Pro Max dilancar: Bateri 7,500mAh, kamera Leica & skrin belakang baru

Xiaomi 17, 17 Pro & 17 Pro Max dilancar: Bateri 7,500mAh, kamera Leica & skrin belakang baru

29 September 2025
Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

20 September 2025
Honda BRV, SUV 7-tempat duduk tidak akan dijual lagi di Malaysia

Honda BRV, SUV 7-tempat duduk tidak akan dijual lagi di Malaysia

20 March 2023
Cari telefon bajet lancar untuk gaming dan bateri tahan lama? Pertimbang OPPO A6 Pro 5G

Cari telefon bajet lancar untuk gaming dan bateri tahan lama? Pertimbang OPPO A6 Pro 5G

2 October 2025
Samsung jadikan AI lebih mampu milik dengan Galaxy S25 FE

Samsung jadikan AI lebih mampu milik dengan Galaxy S25 FE

7 October 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER