• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Tidak terhad Touch n Go, pembayaran kad kredit dan debit bakal diterima untuk pengangkutan awam

  • OLEH Putra Aziz
  • 1:37 pm
  • 21/03/2023
  • Komen
Tidak terhad Touch n Go, pembayaran kad kredit dan debit bakal diterima untuk pengangkutan awam
Share on FacebookShare on Twitter

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke telah menyatakan bahawa pengangkutan awam akan melaksanakan pilihan pembayaran terbuka menggunakan kad debit dan kad kredit, selain kad Touch n ‘Go sedia ada. Pelaksanaan ini akan diintegrasi di pengangkutan awam khususnya bawah Prasarana Malaysia Bhd, setelah Anthony mengarahkan pihak berwajib untuk mengadaptasikan sistem pembayaran yang lebih terbuka.

Walau bagaimanapun, beliau menegaskan pelaksanaan ini bukanlah satu langkah untuk menamatkan penggunaan Touch n ‘Go, sebaliknya menjadi salah satu cara pembayaran. Ini adalah kerana, penggunaan Touch n ‘Go mendapat pelbagai respon negatif daripada pengguna dan pengguna juga tidak diberi pilihan lain selain menggunakan kad Touch n ‘Go untuk membayar tol dan pengangkutan awam di Malaysia.



Pelaksanaan ini adalah rentetan daripada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengulas tentang sistem Touch n ‘Go yang dilihat tiada kemajuan meyakinkan, setelah lebih sedekad memonopoli sistem tersebut.

Untuk melaksanakan sistem pembayaran terbuka, pihak terlibat memerlukan masa untuk mengintergrasikan sistem, kata Anthony. Ia termasuk perkhidmatan bas, Transit Aliran Ringan (LRT) dan Perkhidmatan Transit Aliran Massa yang dikendali oleh Prasarana.



Sumber gambar

Sebenarnya terminal pembayaran kad kredit dan kad debit telah ada dan dilihat sebelum ini sejak tahun 2020 di beberapa stesen LRT. Namun, masih tiada pengumuman rasmi ia boleh diguna pakai untuk orang ramai.

Jadi, sama-sama kita harapkan sistem pembayaran terbuka ini akan dilaksanakan secepat mungkin, dan tiada lagi monopoli Touch n ‘Go.

[Sumber: Sinar Harian]

Tags: Anthony Lokekad debitKad kreditlrtMRTPrasarana Malaysia BerhadRapidKLTouch n Go
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Tidak terhad Touch n Go, pembayaran kad kredit dan debit bakal diterima untuk pengangkutan awam

Tidak terhad Touch n Go, pembayaran kad kredit dan debit bakal diterima untuk pengangkutan awam

21 March 2023
OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

15 October 2026
Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

20 October 2026
iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

23 October 2026
iPad Mini 2026 Malaysia: Skrin OLED 8.5″, cip A20 Pro & iPad pertama kalis air

iPad Mini 2026 Malaysia: Skrin OLED 8.5″, cip A20 Pro & iPad pertama kalis air

27 October 2026
Cuba Tuju, aplikasi navigasi disyorkan kerajaan, belum cukup baik gantikan Waze?

Cuba Tuju, aplikasi navigasi disyorkan kerajaan, belum cukup baik gantikan Waze?

22 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN