• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Samsung lancar Exynos Connect U100, SoC UWB untuk peranti penjejak

  • OLEH Hanif Azrai
  • 9:34 am
  • 22/03/2023
  • Komen
Galaxy SmartTag+ mula dijual di Malaysia pada harga RM109 dalam waktu terhad
Share on FacebookShare on Twitter

Samsung telah melancarkan satu cip baharu yang dinamakan Exynos Connect U100. Cip ini juga berada dalam satu siri baharu yang dinamakan Exynos Connect, siri yang akan disertai produk-produk baharu Samsung yang mengkhususkan pada Internet of Things (IoT) untuk digunakan pada produk seperti peranti mudah alih dan juga automotif.

Berbalik kepada Exynos U100, ia adalah cip ultra-wideband (UWB) pertama daripada Samsung. Ia akan digunakan sebagai sensor untuk menentukan lokasi dalam dunia 3D secara jitu dan tepat menggunakan gelombang radio (RF).



Menurut pengeluarnya, ia mampu memaklumkan lokasinya kepada penerima dalam julat 1 digit sentimeter walaupun berada dalam persekitaran tertutup.

Selain komponen yang hasilkan gelombang radio, sebagai satu cip yang lengkap, di atas U100 juga terkandung pemacu kilat (eFlash) dan komponen pengawal selia tenaga. Makanya, Samsung mengatakan yang ia boleh berkhidmat sebagai penentu lokasi berkuasa bateri dan hayat baterinya adalah panjang walaupun dalam paket yang kompak.



Bagi mengelakkan gelombang radio tadi dipintas oleh pihak yang ingin mengambil kesempatan, misalnya hacker, ia turut dilengkapi fungsi penyulit gelombang supaya tidak mudah digodam.

Samsung SmartTag+ adalah antara produk yang dilengkapi teknologi UWB

Samsung tidak pula berkongsikan dalam produk apa secara khusus komponen ini akan digunakan. Tapi, Samsung SmarTag+ yang mereka ada sekarang memang ada fungsi UWB, cumanya komponen UWB yang digunakan adalah daripada pihak ketiga.

Sumber: Samsung

Tags: samsungSamsung Exynossamsung exynos connect u100samsung exynos u100
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Galaxy SmartTag+ mula dijual di Malaysia pada harga RM109 dalam waktu terhad

Samsung lancar Exynos Connect U100, SoC UWB untuk peranti penjejak

22 March 2023
Oppo Find X9 Ultra rasmi di Malaysia, guna telefoto 50MP 10x Hasselblad pertama industri

Meneroka Keunikan Warisan Kelantan Bersama Flagship Fotografi Muktamad, OPPO Find X9 Ultra!

16 June 2026
BUDI Madani Diesel: Subsidi RM2.10/L bermula 1 Julai, kuota 200L dikongsi bersama RON95

BUDI Madani Diesel: Subsidi RM2.10/L bermula 1 Julai, kuota 200L dikongsi bersama RON95

23 June 2026
Hotlink perkenal pelan Postpaid 50 baharu dengan 500GB data pada harga RM50/bulan

Hotlink perkenal pelan Postpaid 50 baharu dengan 500GB data pada harga RM50/bulan

18 June 2026
Hantar WhatsApp tanpa save nombor? Ini caranya

Cara hantar mesej WhatsApp tanpa perlu simpan nombor telefon

27 May 2024
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN