• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Admin kumpulan WhatsApp kini ada kuasa tapis kemasukan ahli baru

  • OLEH Fatin Amanina
  • 1:35 pm
  • 23/03/2023
  • Komen
Admin kumpulan WhatsApp kini ada kuasa tapis kemasukan ahli baru
Share on FacebookShare on Twitter

WhatsApp ada ciri yang membolehkan orang ramai sertai sesebuah kumpulan dengan menggunakan pautan. Jadi, sesiapa sahaja boleh sertainya tanpa perlu berurusan dengan admin.

Masalah yang saya nampak di sini ialah, individu yang tak bertanggungjawab boleh ambil kesempatan untuk mesej apa sahaja dalam kumpulan itu. Contohnya, mengambil peluang untuk mempromosikan pekerjaan scam. Perkara ini pastinya mendatangkan kesan buruk lebih-lebih lagi apabila ada ahli kumpulan yang teperdaya.



Tapi nampaknya masalah itu dapat dicegah dengan kemas kini terbaharu WhastApp. Melaluinya, jika ada individu datang dari pautan WhastApp, admin boleh pilih untuk benarkan atau menolak individu tersebut dari sertai kumpulan. Mereka juga dalam masa yang sama perlu tunggu kelulusan admin sebelum dibenarkan masuk.

Dengan ciri ini, sempatlah admin selidik bakal ahli baru itu. Jika dia menggunakan gambar profil meragukan, atau status WhatsApp seakan scammer, mungkin admin boleh terus menolak individu tersebut daripada sertai kumpulan WhatsApp.



Selain kemaskini tersebut, WhastApp juga akan memudahkan anda mengetahui sekiranya kenalan anda ada dalam mana-mana kumpulan yang anda sertai. Anda cuma perlu isi nama kenalan anda dalam tab carian di WhastApp, kemudian kumpulan yang disertai anda berdua akan tersenarai. Dengan kemampuan ini, anda dengan mudah boleh lihat senarai kumpulan yang anda sertai bersama orang tertentu.

Kedua-dua ciri ini akan mula dilancarkan secara global dalam beberapa minggu akan datang.

[Sumber: 9TO5Mac, Meta]

Tags: whatsapp
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Admin kumpulan WhatsApp kini ada kuasa tapis kemasukan ahli baru

Admin kumpulan WhatsApp kini ada kuasa tapis kemasukan ahli baru

23 March 2023
Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

2 November 2026
RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

31 October 2026
Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

3 November 2026
CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

29 October 2026
Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

30 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN