• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama AirAsia

AirAsia Santan perkenal menu Pandan istimewa sepanjang Ramadan & Syawal

  • OLEH Najib
  • 7:08 pm
  • 23/03/2023
  • Komen
AirAsia Santan perkenal menu Pandan istimewa sepanjang Ramadan & Syawal
Share on FacebookShare on Twitter

AirAsia Santan, bahagian di bawah Capital A yang menyediakan perkhidmatan restoran dan kafe kini mengumumkan menu baru mereka sempena ketibaan bulan Ramadan dan Syawal. Mereka menamakan promosi istimewa ini sebagai AirAsia Santan Festive Feast.

AirAsia Santan Festive Feast berlangsung dari 23 Mac sehingga 31 Mei 2023. Terdapat dua jenis promosi diadakan, dibahagikan mengikut lokasi Santan Restaurant dan Santan Cafe.



Santan Restaurant

Di Santan Restaurant, menu istimewa yang diperkenal adalah nasi lemak goreng, kentang wedges berempah dan juga sate ayam. Set dan senarai penuh menu istimewa adalah seperti berikut:

  1. Nasi Lemak Goreng + Sate Ayam (2 batang) – RM13.90
  2. Nasi Lemak Goreng + Ayam Goreng Berempah – RM16.90
  3. Kentang Wedges Berempah – RM6.90
  4. Set Sate Ayam (5 batang) – RM12.90
  5. Festive Couple Set (untuk 2 orang) – RM42.90
    = Nasi Lemak Goreng Sambal Sotong + Nasi Lemak Ayam Rendang + 2x Air Pandan Ais + Kentang Wedges Berempah + Set Sate Ayam
  6. Festive Family Set (untuk 4 orang) – RM79.90
    = Nasi Lemak Goreng Ayam Berempah + Nasi Lemak Goreng Ayam Tanpa Tulang + Nasi Lemak Goreng Sambal Sotong + Nasi Lemak Ayam Rendang + 4x Air Pandan Ais + 2x Kentang Wedges Berempah + Set Sate Ayam
Set Sate Ayam, Kentang Wedges Berempah & Nasi Lemak Goreng

Santan Restaurant terdapat di Wisma Tune, IOI Mall Puchong, KL East Mall, Kompleks PKNS, NU Sentral, Setia City Mall dan Sunway Pyramid.



Santan Cafe

Untuk Santan Cafe pula, ia menyediakan menu istimewa yang lebih ringan iaitu:

  • Teh Pandan Panas – RM13
  • Teh Pandan Ais – RM 13
  • Sparkling Pandan – RM 13
  • Latte Pandan Panas – RM 13
  • Latte Pandan Ais- RM 13
  • Kek Keju Pandan – RM 15
Kek Keju Pandan, Sparkling Pandan & Latte Pandan Panas

Hanya ada empat lokasi Santan Cafe iaitu di The Garden Mall, Wisma Tune, RedStation dan RedQ KLIA2.

Jangan terlepas peluang untuk mencuba menu istimewa ini. Tiada di udara, hanya di Santan Restaurant dan Cafe di atas tanah sahaja. Untuk maklumat lanjut, layari Facebook AirAsia Santan.

Bacaan Berkaitan

  • AirAsia jual hijab Naelofar dan kek black & pink di udara untuk masa terhad
  • Aiskrim Nasi Lemak AirAsia kembali, dapatkan Nasi Lemak percuma dengan cara ini
  • AirAsia perkenal Nasi Lemak On The Go, akan dijual di kedai serbaneka
  • AirAsia Community, Chat, dan Gifts dilancar, pusat sehenti pengembara rentas sempadan pertama seumpamanya
Tags: AirAsiaairasia santanramadan
Najib

Najib

POPULAR

AirAsia Santan perkenal menu Pandan istimewa sepanjang Ramadan & Syawal

AirAsia Santan perkenal menu Pandan istimewa sepanjang Ramadan & Syawal

23 March 2023
MySiren: Ujian amaran kecemasan seluruh negara berlangsung pada 29 November

MySiren: Ujian amaran kecemasan seluruh negara berlangsung pada 29 November

23 November 2026
Xiaomi 18 Pro & 18 Pro Max Malaysia: Kamera Leica 200MP, skrin OLED belakang, dari RM3,999

Xiaomi 18 Pro & 18 Pro Max Malaysia: Kamera Leica 200MP, skrin OLED belakang, dari RM3,999

18 November 2026
Tune Talk peroleh lesen daripada MCMC untuk miliki dan kendalikan infrastruktur rangkaian

Tune Talk peroleh lesen daripada MCMC untuk miliki dan kendalikan infrastruktur rangkaian

22 November 2026
Vivo V80 tiba di Malaysia: Skrin 144Hz dan bateri 7,200mAh, harga dari RM2,399

Vivo V80 tiba di Malaysia: Skrin 144Hz dan bateri 7,200mAh, harga dari RM2,399

19 November 2026
Pas MyKomuter50: Pendaftaran kini dibuka, ini cara daftar dan aktifkannya

Pas MyKomuter50: Pendaftaran kini dibuka, ini cara daftar dan aktifkannya

16 November 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN