• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama AirAsia

AirAsia jual hijab Naelofar dan kek black & pink di udara untuk masa terhad

  • OLEH Najib
  • 5:08 pm
  • 27/01/2023
  • Komen
AirAsia jual hijab Naelofar dan kek black & pink di udara untuk masa terhad
Share on FacebookShare on Twitter

Penumpang AirAsia akan disajikan dengan lebih banyak pilihan membeli-belah di udara apabila AirAsia hari ini, mengumumkan pelan pengembangan utama mereka. Ia melibatkan segmen perkhidmatan dalam penerbangan, barangan bebas cukai dan menu makanan dalam penerbangan sepanjang tahun 2023.

Bagi menambah rangkaian produk dalam penerbangan serta barangan bebas cukai, AirAsia bakal menjalinkan kerjasama dengan jenama-jenama popular tempatan dan ASEAN. Kerjasama pertama yang dilancarkan pada tahun ini adalah dengan jenama tempatan popular Naelofar.



Mulai sekarang sehingga 31 Mac 2023, para tetamu boleh mendapatkan barangan eksklusif AirAsia X Naelofar di dalam semua penerbangan AirAsia Malaysia (AK) dan AirAsia X Malaysia (D7). Ia juga boleh didapati melalui AirAsia Super App dengan menekan ikon ‘Shop’ pada aplikasi tersebut. Kotak eksklusif bernilai RM190 ini mengandungi kain hijab Naelofar, aksesori hijab, wangian untuk hijab, selendang floral, beg tangan kecil (wristlet), dan rantai kunci AirAsia.

Selain itu, AirAsia turut mengumumkan kerjasama bersama ikon fesyen Jovian Mandagie bagi koleksi pakaian sedia pakai Jovian. Produk eksklusif Jovian seperti selendang, skaf, wangian dan tumbler pilihan Jovian akan ditawarkan di dalam penerbangan AK dan D7 tidak lama lagi.



Black & Pink di AirAsia Santan

Sementara itu, kafe di udara dan darat AirAsia iaitu Santan, akan memperkenalkan menu baharu sempena musim perayaan Tahun Baru Cina. Mulai sekarang sehingga 31 Mac 2023, nikmati hidangan istimewa Tahun Baru Cina iaitu Kombo Nasi Pulut bersama Ayam dan Dim Sum. Ia merangkumi mai ayam, mai lada hitam, otak-otak serai, tauhu bersama hidangan nasi pulut beserta ayam BBQ dan cendawan dengan minuman pada harga RM15 (pra-tempah) atau RM17 (dalam penerbangan, tertakluk kepada ketersediaan).

Di samping itu, AirAsia juga menyediakan kombo pencuci mulut ‘Black & Pink’ edisi terhad. Ia merupakan hidangan kek gulung berperisa raspberi dan coklat, bersama-sama segelas minuman sparkling Sakura yang menyegarkan pada harga RM12 (dalam penerbangan). Jika dibeli berasingan, harga kek gulung raspberi dan coklat adalah RM8, manakala minuman sparkling Sakura berharga RM6.

[Sumber: AirAsia]

Bacaan Berkaitan

  • AirAsia perkenal Nasi Lemak On The Go, akan dijual di kedai serbaneka
  • AirAsia dapati penumpang terkandas di Melbourne 5 hari kerana tidak memilih dengan betul
  • Penerbangan AirAsia anda diubah atau dijadual semula? Sebenarnya anda boleh tukarnya percuma
  • AirAsia Community, Chat, dan Gifts dilancar, pusat sehenti pengembara rentas sempadan pertama seumpamanya
Tags: AirAsiaairasia santanNaelofar
Najib

Najib

POPULAR

Honda WR-V akan dilancar di Malaysia, SUV kompak pesaing Perodua Ativa dan Proton X50

Honda WR-V akan dilancar di Malaysia, SUV kompak pesaing Perodua Ativa dan Proton X50

20 Mac 2023
Blueshark R1 Malaysia: Skuter elektrik patuh JPJ, cukai jalan percuma ditawar bermula RM7,190

Blueshark R1 Malaysia: Skuter elektrik patuh JPJ, cukai jalan percuma ditawar bermula RM7,190

21 Mac 2023
Ini rahsia bagaimana bateri Galaxy Z Flip4 boleh tahan siang ke malam

Nak telefon unik dengan pelekat & warna idaman? Semuanya boleh dengan Galaxy Z Flip4 Bespoke

1 Disember 2022
Ini rahsia bagaimana bateri Galaxy Z Flip4 boleh tahan siang ke malam

Ini rahsia bagaimana bateri Galaxy Z Flip4 boleh tahan siang ke malam

1 Disember 2022
AirAsia jual hijab Naelofar dan kek black & pink di udara untuk masa terhad

AirAsia jual hijab Naelofar dan kek black & pink di udara untuk masa terhad

27 Januari 2023
5 Terbaik: Jalur Lebar Tetap Paling Berbaloi Untuk Bajet RM150

5 Terbaik: Jalur Lebar Tetap Paling Berbaloi Untuk Bajet RM150

22 Mac 2023

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER