• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Samsung Galaxy M54 dengan bateri gergasi 6,000mAh diumum di Palestin

  • OLEH Hanif Azrai
  • 10:15 am
  • 23/03/2023
  • Komen
Samsung Galaxy M54 dengan bateri gergasi 6,000mAh diumum di Palestin
Share on FacebookShare on Twitter

Samsung dikesan melancarkan sebuah siri M baharu dan ia mendukung nama model Galaxy M54. Ia disenaraikan di laman rasmi Samsung Palestin.

Daripada segi spesifikasi, Samsung Galaxy M54 diperkasa cip Exynos 1380. Cip ini berada dalam kategori 5nm dan ada fungsi 5G. SoC tersebut bergandingan bersama-sama RAM 8GB dan storan 256GB. Untuk kemudahan, slot mikro-SD turut disediakan sekiranya storan perlu diperluas dan ia menyokong kad sehingga 1TB.



Di bahagian muka, Galaxy M54 menampilkan panel paparan Super AMOLED Plus beresolusi 1800 x 2400 (FHD+) yang ada kadar segar semula setinggi 120Hz. Beralih ke komponen pengimejan, ia menggunakan konfigurasi trikamera belakang dengan kombinasi 108MP (kamera utama), 8MP (kamera ultralebar), dan 2MP (kamera depth). Swafoto boleh diambil menggunakan kamera 32MP.

Samsung Galaxy M54 ada bateri gergasi. 6,000mAh sepatutnya buatkan telefon ini boleh bertahan lama. Dimaklumkan yang sistem pengecasannya cuma menyokong blok 25W. Jangkakan waktu yang agak panjang diperlukan untuk mengisi tenaga telefon ini.



Sekuel kepada Galaxy M53?

Dalam bulan Jun 2022 lalu, pasaran Malaysia ada menjual Samsung Galaxy M53. Harga jualannya agak “keras” iaitu pada RM1,999.

Berbanding Galaxy M54, telefon lebih baru ini gunakan cip pemproses Exynos dan bukan lagi Dimensity. Kemudian, konfigurasi kamera belakang pula kehilangan kamera makro. Akhir sekali, bateri telah meningkat daripada 5,000mAh kepada 6,000mAh.

Samsung Galaxy M53 5G: Maklumat penjualannya di Malaysia

Kalaulah Galaxy M54 masuki Malaysia, adakah harganya akan kekal tinggi menghampiri RM2,000?

Sumber: Samsung

Tags: samsungsamsung galaxysamsung galaxy m54
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Nak gambar ‘pro’ guna telefon siri Galaxy S? Ini tip yang anda boleh cuba

Nak gambar ‘pro’ guna telefon siri Galaxy S? Ini tip yang anda boleh cuba

17 October 2025
Proton Saga MC3 2026 kini dibuka untuk tempahan, harga anggaran RM40K-50K

Proton Saga MC3 2026 kini dibuka untuk tempahan, harga anggaran RM40K-50K

11 November 2025
Galaxy A07: Telefon permulaan dengan storan besar & tahan lama, kini Percuma di CelcomDigi

Galaxy A07: Telefon permulaan dengan storan besar & tahan lama, kini Percuma di CelcomDigi

10 November 2025
Samsung Galaxy M54 dengan bateri gergasi 6,000mAh diumum di Palestin

Samsung Galaxy M54 dengan bateri gergasi 6,000mAh diumum di Palestin

23 March 2023
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER