• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Ugreen lancar Dok stesen USB-C 9-dalam-1, boleh sambung dua monitor 4K serentak

  • OLEH Putra Aziz
  • 2:47 pm
  • 23/03/2023
  • Komen
Ugreen lancar Dok stesen USB-C 9-dalam-1, boleh sambung dua monitor 4K serentak
Share on FacebookShare on Twitter

Pengeluar aksesori komputer dan peranti, Ugreen hari ini telah mengumumkan ketibaan Stesen Dok terbaru mereka iaitu Dok USB-C 9-dalam-1. Ia adalah pilihan lebih mampu milik dengan faktor bentuk lebih kompak berbanding model teratas Stesen Dok USB-C 13-dalam-1. Dengan memiliki 9 Port berbilang sambungan, ia merupakan penyelesaian terbaik bagi pengguna MacBook atau laptop Windows yang tidak mempunyai port mencukupi.

Apa yang menarik pada Stesen Dok ini adalah, ia memilliki teknologi DisplayLink yang membolehkan paparan dihubung pada 2 monitor tambahan dalam satu masa, sama ada dalam mod lanjutan atau mod cermin. Untuk lebih tersuai, kedua-dua mod boleh juga digunakan untuk setiap satu monitor tambahan. Jadi, 3 kerja berlainan boleh dilakukan dalam satu masa. Ia boleh menyokong paparan luar sehingga resolusi 4K@60Hz.



Selain itu, peralihan data juga boleh dilakukan dengan cepat menggunakan 2 port USB-A 2.3 dan 1 USB-C 3.2 yang menyokong kelajuan sehingga 10Gbps. Malah, terdapat port USB-C 3.0 PD untuk memberikan pengecasan pantas pada laptop sehingga 100W.

Untuk lebih jelas, berikut adalah 9 port yang terdapat pada Dok Stesen 9-dalam-1:



  • 2x Port HDMI 4K 60Hz
  • 2x DisplayPort 4K
  • 1x USB-C 3.0 PD 100W
  • 2x USB-A 3.2 (10Gpbs)
  • 1x USB-C 3.2 (10Gbps)
  • 1x Gigabit Ethernet RJ45

Dalam pada itu, untuk memberi kegunaan jangka masa yang lama tanpa panas, dok ini dilengkapkan sistem penyejukan dengan menampilkan dua bolong udara, gel silika penyejuk, penutup aluminium penyejukan dan heightening pads.

Jika anda berminat, anda boleh mendapatkan Dok stesen USB-C 9-dalam-1 pada harga RM799 di kedai/gedung rasmi Ugreen di Lazada atau Shopee.

Tags: Ugreenugreen 9-dalam-1Ugreen Dock
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Ugreen lancar Dok stesen USB-C 9-dalam-1, boleh sambung dua monitor 4K serentak

Ugreen lancar Dok stesen USB-C 9-dalam-1, boleh sambung dua monitor 4K serentak

23 March 2023
Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

18 September 2026
iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

16 September 2026
MyKad generasi baharu diperkenal dengan 53 ciri keselamatan, ini apa yang berubah

MyKad generasi baharu diperkenal dengan 53 ciri keselamatan, ini apa yang berubah

16 September 2026
Siri Oppo A7 Pro diumum dengan bateri 10,000mAh, tempahan dibuka dengan rebat RM200

Oppo A7 Pro 5G & A7 Pro Max 5G tiba di Malaysia, harga dari RM1,699

19 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN