• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Kenapa sistem bayaran terbuka di lebuhraya ambil masa lama untuk dilaksana? Ini jawapan Menteri

  • OLEH Najib
  • 12:24 pm
  • 24/03/2023
  • Komen
Kenapa sistem bayaran terbuka di lebuhraya ambil masa lama untuk dilaksana? Ini jawapan Menteri
Share on FacebookShare on Twitter

Menteri Kerja Raya, YB Alexander Nanta Linggi pada hari Selasa telah mengumumkan bahawa lebuh raya di Malaysia akan mengamalkan sistem pembayaran terbuka, iaitu menerima pembayaran kad debit/kredit selain Touch n Go. Sebanyak 5 lebuh raya akan melaksanakan sistem ini selewat-lewatnya pada bulan September 2023.

Sejak itu, pelbagai persoalan lain ditimbulkan oleh masyarakat. Antaranya kenapa tidak melibatkan lebuh raya lain, bagaimana mahu dilaksanaka, adakah ia tambah menyusahkan pengguna atau konsesi tol akan terbeban dengan sistem baru ini?



Hari ini, Alexander memuat naik kenyataan di media sosial untuk menjawab beberapa persoalan.

Secara ringkas, Alexander menyatakan 5 lebuh raya dipilih bagi memastikan sistem dapat berfungsi dengan baik. Jadi ia tidak boleh dilaksanakan secara tergesa-gesa tanpa membuat kajian penuh perancangan, pembangunan dan ujian. Ini supaya dapat mengelakkan masalah yang menyusahkan pengguna kelak.



Sistem pembayaran terbuka mengambil masa untuk dilaksanakan kerana banyak proses perlu dilalui. Alexander menerangkan, usaha ini telah dibuat sejak 2022 oleh Bahagian Pembangunan dan Penswastaan (BPP), Kementerian Kerja Raya (KKR). Antara proses tersebut adalah aspek teknikal, perundangan dan kewangan melibatkan pelbagai pihak, sebelum keputusan dicapai untuk dilaksanakan di 5 lebuh raya. Ia akan diluaskan lagi kepada lebuh raya lain.

Keputusan untuk melaksanakan sistem pembayaran terbuka di tol, terletak di bawah bidang kuasa Kementerian Kerja Raya. Bukannya Kementerian Kewangan atau Kementerian Pengangkutan. Perkara ini dijelaskan Alexander supaya orang ramai faham dan menunggu pengumuman KKR untuk perkembangan terbaru.

Untuk membaca kenyataan penuh menteri tentang perkara ini, boleh ke Facebook Alexander Nanta Linggi.

[Sumber: Alexander Nanta Linggi]

Bacaan Berkaitan

  • 5 lebuhraya ini akan terima pembayaran kad kredit/debit sebelum September 2023
  • Tidak terhad Touch n Go, pembayaran kad kredit dan debit bakal diterima untuk pengangkutan awam
  • PM Anwar akan nilai semula monopoli lebih sedekad Touch ‘n Go
Tags: Alexander Nanta LinggiKKR
Najib

Najib

POPULAR

Kenapa sistem bayaran terbuka di lebuhraya ambil masa lama untuk dilaksana? Ini jawapan Menteri

Kenapa sistem bayaran terbuka di lebuhraya ambil masa lama untuk dilaksana? Ini jawapan Menteri

24 March 2023
CelcomDigi tawar ansuran 0% faedah 6 bulan menerusi SPayLater untuk telefon 5G terpilih

CelcomDigi tawar ansuran 0% faedah 6 bulan menerusi SPayLater untuk telefon 5G terpilih

30 July 2026
Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia: Harga RM6,499, pembeli awal dapat WF-1000XM6 percuma

Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia: Harga RM6,499, pembeli awal dapat WF-1000XM6 percuma

4 August 2026
Perodua turunkan harga Axia sehingga RM4,700, kini bermula RM33,900

Perodua turunkan harga Axia sehingga RM4,700, kini bermula RM33,900

3 August 2026
Siri Google Pixel 11 bakal dilancar 12 Ogos: Bawa ciri lampu ‘Pixel Glow’ dan cip Tensor G6

Siri Google Pixel 11 bakal dilancar 12 Ogos: Bawa ciri lampu ‘Pixel Glow’ dan cip Tensor G6

31 July 2026
Pemanas air segera Rubine ini cuma 45mm tebal, rekod paling nipis di Malaysia

Pemanas air segera Rubine ini cuma 45mm tebal, rekod paling nipis di Malaysia

31 July 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN