• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

OnePlus Malaysia mahu lancar dua peranti mampu milik pada 4 April

  • OLEH Najib
  • 11:21 am
  • 24/03/2023
  • Komen
OnePlus Malaysia mahu lancar dua peranti mampu milik pada 4 April
Share on FacebookShare on Twitter

Selepas melancarkan dua peranti flagship bulan lepas, OnePlus Malaysia telah memaklumkan bahawa mereka akan membawa dua produk baru dengan harga lebih mampu milik tidak lama lagi. Produk tersebut adalah telefon pintar OnePlus Nord CE 3 Lite 5G dan fon putik OnePlus Nord Buds 2.

Majlis pelancaran ini akan diadakan pada hari Selasa, 4 April 2023. Siaran langsung pelancaran akan bermula pukul 9.30 malam, kelihatan serentak dengan pelancarannya di India.



Walaupun namanya telah diketahui, OnePlus masih belum berkongsi tentang spesifikasi penuh. Tetapi gambar sebenar telah dimuat naik, jadi kita boleh membuat sedikit penilaian daripada gambar tersebut.

Warna yang pasti untuk OnePlus Nord CE 3 Lite 5G adalah Pastel Lime atau hijau lemon. Di belakang, terdapat dua bulatan besar yang memuatkan tiga kamera. Di sampingnya ada bulatan kecil LED Flash.



Di hadapan, ia ada skrin rata dan lubang kecil di dahi yagn memuatkan kamera hadapan. Butang kuasa di sebelah kanan kelihatan tenggelam sedikit, pastinya dibina bersama pengimbas capjari.

Bagi fon putik OnePlus Nord Buds 2, rupanya saling tak tumpah dengan model asal OnePlus Nord Buds. Ada dua warna dikongsi iaitu hitam dan putih.

Untuk rujukan, tahun lepas OnePlus Nord CE 2 Lite 5G dilancar pada harga RM1,199 dengan storan 128GB, manakala OnePlus Nord Buds berharga RM299. Mungkin kita akan melihat harga yang sama untuk dua model baru ini.

Menangi OnePlus Nord CE 3 Lite 5G

OnePlus Malaysia turut mengumumkan tentang cabutan bertuah untuk peminat. Dua unit OnePlus Nord CE 3 Lite 5G disediakan sebagai hadiah.

Cara untuk menyertai cabutan bertuah ini sangat mudah. Pergi ke laman web pelancaran OnePlus Nord CE 3 Lite 5G dan tekan butang ‘Notify Me’. Anda perlu daftar masuk ke laman tersebut. Jika belum ada akaun, boleh daftar secara percuma.

Selepas itu, tekan butang ‘Draw Now’ untuk mencabut tiket bertuah. Jika berjaya, anda akan menerima kod untuk menebus hadiah dan perlu ditebus dalam masa 30 hari. Acara cabutan bertuah ini berjalan dari 23 Mac sehingga 4 April 2023.

Selain itu, anda juga boleh menyertai konsert AR di laman web tersebut. Ia juga menyediakan cabutan bertuah untuk memenangi OnePlus Nord CE 3 Lite 5G.

Bacaan Berkaitan

  • OnePlus 11 Concept ada pam cecair di dalam badannya
  • OnePlus 11: Maklumat penjualannya di Malaysia
  • OnePlus Buds Pro 2: Maklumat penjualannya di Malaysia
  • OnePlus Nord 2T & Nord CE 2 Lite: Maklumat penjualannya di Malaysia
Tags: OnePlusOnePlus Nord Buds 2OnePlus Nord CE 3 Lite
Najib

Najib

POPULAR

Hanya tablet yang boleh berhubung terus dengan telefon layak digelar tablet terbaik

Cara kerja moden lebih maju menggunakan tablet generasi baru

15 September 2023
Guna cara moden ini untuk dapatkan tidur berkualiti dan gaya hidup sihat

Guna cara moden ini untuk dapatkan tidur berkualiti dan gaya hidup sihat

15 September 2023
Xiaomi 13T, telefon termurah dengan kamera Leica & kalis air IP68

Xiaomi 13T Pro tiada lagi Snapdragon, telefon 1TB pertama Xiaomi dan dijamin kemaskini 5 tahun

26 September 2023
OnePlus Malaysia mahu lancar dua peranti mampu milik pada 4 April

OnePlus Malaysia mahu lancar dua peranti mampu milik pada 4 April

24 Mac 2023
Kerajaan hulur pelbagai bantuan kepada penghuni PPR di bawah Belanjawan 2023 antaranya Internet percuma, kelas pemulihan dan pembaikan lif

Kerajaan hulur pelbagai bantuan kepada penghuni PPR di bawah Belanjawan 2023 antaranya Internet percuma, kelas pemulihan dan pembaikan lif

2 Ogos 2023
Kenapa masih guna 4G, kalau 5G lebih berbaloi dan ada telefon PERCUMA?

Kenapa masih guna 4G, kalau 5G lebih berbaloi dan ada telefon PERCUMA?

9 September 2023

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER