• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Maxim jalin kerjasama dengan sekolah memandu seluruh Malaysia, permudah proses permohonan PSV

  • OLEH Hanif Azrai
  • 5:58 am
  • 26/03/2023
  • Komen
Maxim jalin kerjasama dengan sekolah memandu seluruh Malaysia, permudah proses permohonan PSV
Share on FacebookShare on Twitter

Pengendali servis servis e-hailing yang menjadi buah mulut beberapa minggu sudah, Maxim, kini sedang mengorak langkah meramaikan rakan pemandu mereka yang memiliki permit PSV untuk beroperasi secara sah. Maxim mengumumkan yang mereka telah mewujudkan kerjasama strategik dengan sekurang-kurangnya 21 sekolah memandu di seluruh Malaysia bagi mempermudah proses permohonan PSV dilakukan.

Melalui aplikasi Taxsee Driver, rakan pemandu Maxim boleh mendapatkan maklumat tentang sekolah-sekolah memandu yang menyertai inisiatif Maxim itu. Dalam masa yang sama, pihak Maxim sedang giat melakukan kempen kesedaran tentang kepentingan memiliki permit yang sah sebelum mula mengangkut penumpang.



Rakan pemandu Maxim juga diminta untuk tidak lepaskan peluang untuk menuntuk kembali kos permohonan lesen PSV mereka daripada pihak penyedia perkhidmatan. Itu adalah salah satu insentif yang disediakan bagi mengurangkan beban yang ditanggung rakan pemandu.

Maxim bertemu APAD untuk rungkai kemelut pemandu tanpa permit



Walau bagaimanapun, masalah pemandu yang tiada permit bukanlah masalah utama di sini. Yang lebih utama, bagaimana pemandu tanpa permit sah masih boleh mengakses aplikasi Maxim sekiranya penyedia platform itu sendiri tidak meluluskannya?

Jaga-jaga pengguna Maxim, hanya 8% kenderaan beroperasi dengan permit sah

Buat yang terlepas berita, pertengahan Mac 2023 lalu, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) melaporkan yang mereka telah mengambil tindakan terhadap syarikat servis seru pandu MAXIM kerana didapati melanggar Seksyen 12A(5) Akta Pengangkutan Awam Darat (APAD). Hasil maklumat agensi berkaitan, didapati yang hanya 402 kenderaan daripada 5,000 yang aktif beroperasi secara sah.

Maxim dakwa statistik JPJ tentang pemandu tanpa permit sah, tidak tepat

Tags: E-Hailingmaximseru pandu
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Maxim jalin kerjasama dengan sekolah memandu seluruh Malaysia, permudah proses permohonan PSV

Maxim jalin kerjasama dengan sekolah memandu seluruh Malaysia, permudah proses permohonan PSV

26 March 2023
Xiaomi Mijia Air Conditioner Eco kini di Malaysia, boleh dapat serendah RM1,000

Xiaomi Mijia Air Conditioner Eco kini di Malaysia, boleh dapat serendah RM1,000

30 March 2026
AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

25 December 2025
Vivo V70 FE bakal tiba di Malaysia dengan kamera utama 200MP OIS

Vivo V70 FE bakal tiba di Malaysia dengan kamera utama 200MP OIS

31 March 2026
Samsung Galaxy A57 5G dan A37 5G: Tempahan dibuka di Malaysia, harga bermula RM1,799

Samsung Galaxy A57 5G dan A37 5G: Tempahan dibuka di Malaysia, harga bermula RM1,799

30 March 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN