• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Maxim dakwa statistik JPJ tentang pemandu tanpa permit sah, tidak tepat

  • OLEH Hanif Azrai
  • 12:03 pm
  • 13/03/2023
  • Komen
Maxim dakwa statistik JPJ tentang pemandu tanpa permit sah, tidak tepat
Share on FacebookShare on Twitter

Maxim telah menerbitkan satu siaran media tentang insiden JPJ melakukan operasi ke atas syarikat mereka dan mendapati ramai dalam kalangan rakan pemandu Maxim tidak mempunyai permit yang sah untuk beroperasi. Dalam kenyataan media Maxim, mereka mengatakan bahawa statistik daripada utusan Facebook itu tidak tepat.

Jaga-jaga pengguna Maxim, hanya 8% kenderaan beroperasi dengan permit sah



Untuk Semenanjung Malaysia, angka pemandu dengan permit yang sah melebihi 402 dan jika ditambah dengan pemandu Sabah dan Sarawak, angkanya lebih tinggi. Walau bagaimanapun, mereka tidak pula berkongsikan angka sebenar di dalam siaran media tersebut.

Menurut Maxim, di pihak penyedia platform, mereka senantiasa mengingatkan rakan pemandu untuk memastikan permit-permit yang berkaita sentiasa diperbaharukan. Malahan, ada satu insentif yang sedang berjalan membolehkan rakan pemandu boleh menuntut kos e-Hailing Vehicle Permit (EVP) dan Public Service Vehicle Operator’s License (PSV) daripada pihak Maxim bagi mengurangkan lagi beban yang ditanggung rakan pemandu.



Dalam siaran media yang sama, Maxim tidak pula menyanggah kenyataan JPJ yang ada rakan pemandu tiada permit yang sah untuk beroperasi. Faktor seperti COVID-19 telah mereka petik sebagai penyebab kenapa proses memohon permit-permit yang berkaitan sangat lambat.

Selain di Malaysia, Maxim juga turut menawarkan perkhidmatan mereka di 20 negara lain. Di Asia Tenggara saja, sebanyak 5 negara telahpun ditembusi mereka.

Tags: maxim
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Maxim dakwa statistik JPJ tentang pemandu tanpa permit sah, tidak tepat

Maxim dakwa statistik JPJ tentang pemandu tanpa permit sah, tidak tepat

13 March 2023
Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

2 November 2026
Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

3 November 2026
Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

5 November 2026
Honor Magic 9 Pro Max bakal tiba di Malaysia, bawa kamera 200MP hasil kerjasama ARRI

Honor Magic 9 Pro Max bakal tiba di Malaysia, bawa kamera 200MP hasil kerjasama ARRI

6 November 2026
RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

31 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN