• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Apple

AirPods hilang dalam pesawat, wanita ini berjaya temuinya semula di rumah pekerja lapangan terbang

  • OLEH Fatin Amanina
  • 12:42 pm
  • 27/03/2023
  • Komen
AirPods hilang dalam pesawat, wanita ini berjaya temuinya semula di rumah pekerja lapangan terbang
Share on FacebookShare on Twitter

Umum mengetahui Apple AirTag boleh diguna untuk cari barang yang hilang. Tapi anda tahu tak produk Apple yang lain juga boleh dijejaki apabila ia hilang, termasuklah AirPods? Perkara ini berfungsi melalui ciri Find My. Pada awal bulan Mac, seorang wanita bernama Alisabeth Hayden kehilangan AirPods di dalam pesawat dan akhirnya AirPods itu ditemui di rumah salah seorang pekerja syarikat penerbangan itu.

Kisah ini berlaku semasa Alisabeth Hayden menaiki penerbangan dari Tokyo ke San Francisco. Semasa dia dalam perjalanan turun dari pesawat, dia tiba-tiba sedar jaket kulitnya tertinggal di tempat duduk. Walaupun dia ingin ambilnya semula, tetapi pramugara tidak membenarkannya kembali ke tempat duduk. Sebaliknya, pramugara berkata dia akan membawa jaket tersebut untuk Hayden.



Meskipun jaket itu dikembalikan, tetapi semasa menaiki penerbangan seterusnya untuk ke Seattle, Hayden menyedari bahawa AirPodsnya tidak ada di dalam jaket tu. Dia seterusnya menggunakan Wi-Fi dalam penerbangan untuk mengesan AirPods menggunakan aplikasi Find My.

Dia dapati AirPods itu mulanya dilihat berada di Lapangan Terbang San Francisco, kemudian di unit United Cargo di lapangan terbang. Beberapa jam kemudian ia berada di alamat kediaman di San Mateo, Bay Area.



Untuk dapatkan semula AirPodnya, Hayden telah hubungi United dan Lapangan Terbang San Francisco untuk laporkan kejadian itu. Tapi tiada tindakan mereka lakukan. Akhirnya, dia hubungi polis dan mendapat bantuan daripada seorang detektif. Mereka jejak AirPod tersebut bersama-sama di rumah seorang pekerja kontraktor lapangan terbang yang bertugas menghantar makanan ke dalam pesawat.

Beberapa hari kemudian, detektif itu menghubunginya sekali lagi dan mengatakan bahawa pekerja itu telah disoal siasat. Dia menafikan mempunyai AirPod, sehinggalah ditunjukkan tangkapan skrin penjejak. Ketika itu, suspek berkata bahawa AirPod tersebut diberikan oleh salah seorang pembersih kapal terbang. Namun, pembersih tersebut menafikannya.

AirPods Hayden.

Hayden akhirnya dapat kembali AirPod itu hampir dua minggu kemudian, tapi fon putik itu itu tidak lagi berada dalam keadaan baik. Selepas beberapa aduan dilakukan, United memberinya USD 271.91 (RM1204.56) untuk membeli fon putik baru. Dia juga diberikan 5,000 bonus miles sebagai permintaan maaf.

Jika anda kehilangan AirPod sama seperti Hayden, ingat untuk tenang dan jejaknya melalui ciri Find My di iPhone. Tapi sekiranya anda risau barang lain yang hilang seperti kunci kereta, dompet atau haiwan kesayang, maka dapatkanlah AirTag supaya anda mudah menjejaknya. Sebagai perbandingan, AirPods boleh di dapatkan pada harga serendah RM629, manakala AirTag boleh di dapatkan pada harga RM139.

[Sumber: 9TO5Mac, CNN]

Bacaan berkaitan

  • Pencuri peranti Apple di Subang berjaya ditangkap dalam sejam dengan aplikasi Find My
  • Aksesori basikal ini sembunyikan AirTag di tempat yang sukar untuk ditemukan
  • AirPods Pro 2 boleh didapati pada RM1,099 di Malaysia, ini naik taraf yang dibawakannya
Tags: airpodsappleapple airtag
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

6 October 2026
AirPods hilang dalam pesawat, wanita ini berjaya temuinya semula di rumah pekerja lapangan terbang

AirPods hilang dalam pesawat, wanita ini berjaya temuinya semula di rumah pekerja lapangan terbang

27 March 2023
Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

2 October 2026
Bateri Perodua QV-E dijual berasingan? Ini yang anda perlu tahu tentang pelan sewaan baterinya

Perodua QV-E serendah RM53,499, rebat RM10K dilanjutkan hingga 31 Oktober

17 October 2026
Honor 600S 5G, telefon 5G harga RM1,299 dengan bateri 8,100mAh dan kalis air IP69K

Honor 600S 5G, telefon 5G harga RM1,299 dengan bateri 8,100mAh dan kalis air IP69K

14 October 2026
Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

20 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN