• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Apple

AirPods Pro dengan port USB-C akan datang tidak lama lagi

  • OLEH Putra Aziz
  • 7:09 pm
  • 27/03/2023
  • Komen
AirPods Pro dengan port USB-C akan datang tidak lama lagi
Share on FacebookShare on Twitter

Penganalisis Apple popular, Ming Chi Kuo mengatakan AirPods Pro USB-C akan hadir tidak lama lagi. Ia adalah berikutan Apple mengeluarkan versi beta terakhir iOS 16.4 yang ditambah rujukan untuk Airpods baru, selain rujukan untuk fon putik Beats Studio+.

Di dalam iOS 16.4 beta tersebut, terdapat rujukan untuk AirPods yang menggunakan nombor model A3048 dan sarung AirPods bernombor model A2968. Kuo mengatakan, ini berkemungkinan adalah versi untuk USB-C AirPods Pro 2 dan ia dijangka akan dihantar secara besar-besaran untuk penjualannya sekitar suku kedua dan suku ketiga 2023. Ujarnya lagi, Apple tiada perancangan untuk meletakkan USB-C di AirPods 2 dan 3.



Ini bukan pertama kali Kuo melaporkan Airpods akan menggunakan port USB-C untuk pengecasan kerana tahun lepas, Kuo pernah mengatakan AirPods dan aksesori Apple lain seperti Magic Keyboard, Magic Trackpad, Magic Mouse dan pek Magsafe Battery akan beralih kepada USB-C. Tapi, penggunaan USB-C masih tidak diintegrasi untuk aksesori Apple, dan hanya didapati di peranti seperti MacBook, iPad, dan seterusnya akan datang pada iPhone.

Hal ini adalah kerana, barisan iPhone 15 akan datang akan menggunakan port USB-C, berbanding Port Lightning sedia ada akibat desakan kesatuan Eropah mewajibkan iPhone menggunakan USB-C sebelum 2024. Jadi, ini mungkin langkah Apple untuk perlahan-lahan beralih ke penggunaan USB-C untuk semua peranti dan aksesorinya.



Untuk pengetahuan semua, AirPods 3 boleh didapati dengan dua pilihan bekas pengecas iaitu Lightning dan MagSafe. Bersama bekas pengecas Lightning, ia boleh didapati pada harga RM829, manakala MagSafe pula lebih mahal pada harga RM879. Tidak mustahil untuk Apple mengikut langkah ini akan datang dengan memberi pilihan bekas pengecas untuk AirPods Pro 2, tapi dengan pilihan port Lightning atau USB-C kerana AirPods Pro kerana AirPods Pro sudah pasti akan datang bersama bekas pengecas MagSafe. Buat masa sekarang, Airpods Pro 2 boleh didapati pada harga RM1,099.

AirPods Pro mungkin AirPods yang pertama mengadaptasikan penggunaan USB-C, dengan AirPods 2 dan AirPods 3 akan beralih selepas itu.

[Sumber: 9to5Mac]

Tags: airpods 3AirPods ProappleApple Airpods
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

AirPods Pro dengan port USB-C akan datang tidak lama lagi

AirPods Pro dengan port USB-C akan datang tidak lama lagi

27 March 2023
Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

28 August 2026
Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

1 September 2026
Vivo V80 Lite 5G dengan bateri 10,000mAh rasmi di Malaysia, harga dari RM1,399

Vivo V80 Lite 5G dengan bateri 10,000mAh rasmi di Malaysia, harga dari RM1,399

4 September 2026
Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

1 September 2026
Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

2 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN