• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Garmin Instinct Crossover, jam pintar kecergasan dengan jarum analog tahan lasak

  • OLEH Najib
  • 4:38 pm
  • 27/03/2023
  • Komen
Garmin Instinct Crossover, jam pintar kecergasan dengan jarum analog tahan lasak
Share on FacebookShare on Twitter

Anda peminat jam tahan lasak seperti G-Shock dan ada jarum analog? Kalau anda mahu jam pintar dengan ciri-ciri tadi, salah satu pilihan yang ada ialah jam Garmin Instinct Crossover yang baru. Jam ini digelar sebagai jam pintar GPS hibrid, dihasilkan untuk memenuhi permintaan peminat jam analog.

Seperti jam Garmin yang lain, Garmin Instinct Crossover memiliki hayat yang super panjang. Baterinya juga mampu bertahan selama-lamanya dengan panel Solar.



Garmin menjadikan Instinct Crossover jam yang tahan lasak menerusi penggunaan pelbagai bahan. Ia boleh mengharungi pelbagai keadaan dan situasi kerana ia tahan haba dan gegaran, diiiktiraf tahap tentera MIL-STD-810, serta kalis air pada 10ATM.

Jarum analog dan penanda masa di dalamnya dibalut dengan selaput Super-LumiNova, mampu menyimpan sedikit cahaya untuk menerangi muka jam di persekitaran malap. Ketahanannya ditambah dengan teknologi RevoDrive, menjadikan jarum jam sentiasa menepati masa dalam apa jua keadaan ekstrem yang dihadapi pengguna.



Model Solar di dalam mod penjimatan tenaga, memiliki hayat bateri selama-lamanya asalkan dikenakan cahaya matahari di waktu siang. Mod jam pintar mampu digunakan sehingga 70 hari. Model tanpa Solar pula mampu bertenaga hampir sebulan dalam mod jam pintar, dan sehingga 111 jam penggunaan GPS berterusan.

Sebagai jam pintar, Garmin Instinct Crossover lengkap dengan pelbagai fungsi kecergasan Garmin seperti pemantau waktu tidur, Body Battery, pemantau tekanan minda, pengesan denyutan nadi dan banyak lagi. Ia juga sesuai digunakan sebagai jam kecergasan kerana dilengkapi pengesan VO2 Max, Pulse Ox2, status latihan, tahap umur kecergasan, status HRC dan masa pemulihan.

Pengesan lokasi yang terbina di dalamnya menyokong pelbagai satelit penjejak GPS, Multi-GNSS, sensor ABC, serta lengkap dengan TracBack routing yang mampu memberi panduan untuk pengguna pulang mengikut laluan sebelumnya.

Harga Jualan

Garmin Malaysia telah mula menjual jam hibrid Garmin Instinct Crossover sejak Januari 2023. Ia terdapat di Stor Rasmi Garmin di Lazada, Shopee dan AECO e-store, serta di kedai Jenama Garmin dan pengedar sah Garmin di seluruh Malaysia.

Harga rasmi Garmin Instinct Crossover di Malaysia adalah seperti berikut:

  • Garmin Instinct Crossover (Blue, Black) – RM2,470
  • Garmin Instinct Crossover Solar (Blue, Graphite) – RM2,720
  • Garmin Instinct Crossover Solar Tactical (Black) – RM2,970

Untuk maklumat lanjut, layari laman produk Garmin Instinct Crossover.

Bacaan Berkaitan

  • Garmin Forerunner 965 & 265: Dua jam tangan pertama dalam keluarganya dengan panel OLED
  • NAKAMA sekalian, ONE PIECE dah ada jam pintar sendiri dan anda mesti dapatkannya
  • Garmin Instinct 2 ada tenaga bateri tanpa had, kini dalam 2 saiz dan pelbagai warna
  • Garmin Instinct eSports, jam pintar khas untuk aktiviti sukan elektronik
  • Garmin lancar jam pintar bertenaga solar – Instinct dan Fenix 6
Tags: garminGarmin InstinctGarmin Instinct Crossover
Najib

Najib

POPULAR

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025
Garmin Instinct Crossover, jam pintar kecergasan dengan jarum analog tahan lasak

Garmin Instinct Crossover, jam pintar kecergasan dengan jarum analog tahan lasak

27 March 2023
Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

13 June 2025
Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

19 June 2025
Redmi Pad 2 dilancar, tablet murah dengan skrin 11″ 90Hz & bateri besar 9,000mAh

Redmi Pad 2 dilancar, tablet murah dengan skrin 11″ 90Hz & bateri besar 9,000mAh

20 June 2025
Realme C71 akan dilancar pada 12 Jun, hadir dengan bateri 6,300mAh & kamera 50MP

Realme C71 rasmi di Malaysia, telefon bawah RM500 dengan bateri besar 6,300mAh

12 June 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER