• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Elon Musk hadkan ‘For You’ di Twitter dari akaun biru sahaja, ini sebabnya

  • OLEH Fatin Amanina
  • 12:42 pm
  • 28/03/2023
  • Komen
Elon Musk hadkan ‘For You’ di Twitter dari akaun biru sahaja, ini sebabnya
Share on FacebookShare on Twitter

Di bahagian For You Twitter sekarang, anda boleh lihat ada banyak tweet dari pengguna lain disiarkan di situ. Bukan sahaja tweet yang di-retweet oleh orang yang anda ikuti, tapi ada banyak tweet dari akaun rawak yang tidak anda ikuti boleh dilihat.

Namun terkini, berdasarkan kenyataan Elon Musk di Twitternya, bermula 15 April 2023, hanya akaun Twitter Blue sahaja layak untuk berada dalam bahagian For You di Twitter. Menurutnya, ini adalah satu-satunya cara realistik untuk menangani kumpulan bot AI. Tambahanya, langkah yang sama juga akan dikenakan untuk pengundian di polls.



That said, it’s ok to have verified bot accounts if they follow terms of service & don’t impersonate a human

— Elon Musk (@elonmusk) March 28, 2023

Adakah ini sebenarnya langkah Elon untuk mengurangkan akaun bot pada platform itu? Tidak juga, sebab dalam bebenang sama Elon ada menyatakan bahawa tidak mengapa jika anda miliki akaun bot yang disahkan selagi ia mematuhi syarat perkhidmatan dan tidak menyamar sebagai manusia.

Ini bermakna, jika anda nak tweet anda sampai ke pengguna lain di bahagian For You, anda perlulah langgan Twitter Blue untuk dapatkan tanda pengesahan biru. Di Malaysia, harga langganan Twitter Blue adalah serendah RM35 sebulan apabila mendaftar di laman web Twitter. Manakala untuk langganan melalui peranti iOS atau Android pula, harganya adalah serendah RM50.00 sebulan.



Langkah yang Elon lakukan ini nampaknya seperti dia mahu tarik lebih ramai pengguna melanggan Twitter Blue. Jika anda gunakan Twitter sekadar untuk membaca berita, ikut artis kesayangan, luahkan perasaan, maka saya cadangkan tak perlulah langgan Twitter Blue ini. Sebab ciri yang tersedia untuk pengguna biasa sekarang sudah mencukupi.

Sebaliknya, jika anda nak gunakan ciri khas lain seperti Edit Tweet, ada kemampuan memuat naik video yang lebih panjang dan akses awal kepada ciri baru yang akan datang, maka bolehlah langgan Twitter Blue yang disediakan. Anda boleh lihat cara langgannya di sini.

[Sumber: Elon Musk]

Bacaan berkaitan

  • Twitter Blue kini di Malaysia, harga langganan serendah RM35 sebulan
  • Twitter akan kenakan caj untuk pengesahan dua faktor melalui SMS, pengguna percuma kena cari cara lain untuk selamat
  • Elon Musk akan beri ciri dalam Twitter Blue ini pada semua pengguna, sejauh mana ia berguna?
Tags: TwitterTwitter Blue
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Elon Musk hadkan ‘For You’ di Twitter dari akaun biru sahaja, ini sebabnya

Elon Musk hadkan ‘For You’ di Twitter dari akaun biru sahaja, ini sebabnya

28 March 2023
KLIMS 2026 bakal kembali Jun ini, lebih daripada sekadar pameran kereta

KLIMS 2026 bakal kembali Jun ini, lebih daripada sekadar pameran kereta

10 June 2026
ASUS ExpertBook Ultra dilancar di Malaysia, laptop ringan 0.99kg, skrin Tandem OLED 3K & Intel Core Ultra X7

ASUS ExpertBook Ultra dilancar di Malaysia, laptop ringan 0.99kg, skrin Tandem OLED 3K & Intel Core Ultra X7

12 June 2026
Vivo Y31s 5G Malaysia: Bateri BlueVolt 6,500mAh & kalis air IP69+ pada harga RM1,199

Vivo Y31s 5G Malaysia: Bateri BlueVolt 6,500mAh & kalis air IP69+ pada harga RM1,199

11 June 2026
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Hantar WhatsApp tanpa save nombor? Ini caranya

Cara hantar mesej WhatsApp tanpa perlu simpan nombor telefon

27 May 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN