• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Feature Tips & Tricks

TIPS: 5 cara pasti bangun sahur guna gajet

  • OLEH Fatin Amanina
  • 4:30 pm
  • 29/03/2023
  • Komen
TIPS: 5 cara pasti bangun sahur guna gajet
Share on FacebookShare on Twitter

Setiap individu pasti rasa sangat letih selepas lakukan pelbagai aktiviti pada siang hari, terutamanya dalam bulan Ramadan. Lebih-lebih lagi bagi individu yang banyak bergerak dan terdedah pada matahari untuk bekerja. Hal ini menyebabkan seseorang perlu rehat yang lebih dan mungkin perlu lebih usaha untuk bangun sahur.

Jika anda adalah antara individu yang sering susah bangun sahur, berikut merupakan 5 cara mudah menggunakan gajet yang boleh dilakukan untuk atasinya.



1. Tetapkan penggera di telefon

Setiap telefon pintar ada aplikasi Alarm. Maka, anda boleh gunakannya untuk tetapkan waktu bangun sahur yang anda nak. Saya cadangkan anda tetapkan sebanyak mungkin penggera yang boleh dan gunakan bunyi yang merimaskan. Ini pasti akan membuatkan anda terus bangun tanpa langkau penggera tersebut.

2. Manfaatkan jam pintar

Tetapkan penggera pada jam pintar anda. Ia dapat bangunkan anda pada waktu yang ditetapkan dengan getaran lembut pada pergelangan tangan. Sama seperti penggera di telefon, jadualkan sebanyak mungkin penggera yang boleh untuk pastikan anda bangun untuk sahur.



3. Guna aplikasi penggera dengan aktiviti

Jika anda sering tidur mati dan susah bangun walaupun penggera sudah banyak kali berbunyi, maka anda perlu muat turun aplikasi penggera dengan aktiviti supaya ia boleh menyegarkan mata anda. Ini juga adalah langkah untuk memastikan anda dapat bangun tepat pada waktunya.

Antara contoh aplikasi penggera dengan aktiviti ialah Challenges Alarm Clock. Anda boleh dapatkannya di App Store dan Play Store. Penggera yang sudah anda tetapkan melalui aplikasi tidak akan berhenti selagi anda tidak selesaikan aktiviti yang diberikan seperti tugas matematik dan game.

4. Tetapkan waktu skrin pada aplikasi kegemaran

Menggunakan gajet sebelum tidur cenderung melewatkan waktu tidur anda sekaligus tempoh tidur menjadi kurang. Hal ini terjadi akibat daripada cahaya biru yang dipancarkan kebanyakan peranti. Apabila lewat tidur, sudah pasti anda akan rasa liat untuk bangun sahur.

Oleh itu, perkara yang boleh anda lakukan ialah tetapkan waktu skrin pada aplikasi yang sering anda buka sebelum tidur. Dengan cara ini, anda pasti tidak akan membuang masa pada sesebuah aplikasi itu sehingga terlewat tidur. Contohnya tetapkan had masa harian penggunaan di Instagram dan tetapkan Daily screen time di Tiktok.

5. Dapatkan lampu pintar

Lampu pintar membolehkan anda menggunakan telefon untuk hidup dan mematikan mentol. Ianya juga boleh hidup automatik berdasarkan pada jadual yang telah anda tetapkan. Jadi, anda bolehlah tetapkan lampu menyala pada waktu sahur. Ini pastinya akan membuatkan anda terjaga dek kerana cahayanya yang terang.

Sumber

[Sumber gambar: Light Awake]

Tags: ramadantips & tricks
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

TIPS: 5 cara pasti bangun sahur guna gajet

TIPS: 5 cara pasti bangun sahur guna gajet

29 March 2023
Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

28 August 2026
Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

1 September 2026
Vivo V80 Lite 5G dengan bateri 10,000mAh rasmi di Malaysia, harga dari RM1,399

Vivo V80 Lite 5G dengan bateri 10,000mAh rasmi di Malaysia, harga dari RM1,399

4 September 2026
Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

2 September 2026
8 perkara wajib tahu sebelum naik ETS EMUPlus ke Ipoh di stesen Bandar Tasik Selatan!

8 perkara wajib tahu sebelum naik ETS EMUPlus ke Ipoh di stesen Bandar Tasik Selatan!

3 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN