• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Apple

Apple Watch hilang dalam laut, pengguna ini jejak & dapatkannnya semula guna Find My

  • OLEH Fatin Amanina
  • 2:06 pm
  • 30/03/2023
  • Komen
Apple Watch hilang dalam laut, pengguna ini jejak & dapatkannnya semula guna Find My
Share on FacebookShare on Twitter

Sebelum ini ada dikongsikan berita tentang seorang pengguna kehilangan AirPods di dalam kapal terbang dan dengan mudah dia temui AirPods itu semula menggunakan ciri Find My. Selain itu, ada juga kes iPhone pengguna di curi, tapi pemiliknya berjaya jejak iPhone tersebut bersama suspek di sebuah kedai makan dengan menggunakan ciri yang sama.

Dari sini saya dapati peranti Apple yang hilang sangat mudah ditemui semula menggunakan ciri Find My. Tapi anda tahu tak, di dalam air pun peranti Apple masih boleh dijejak? Perkara ini dilalui oleh Jefferson Rocha yang kehilangan Apple Watch di laut di Rio de Janeiro, Brazil semasa menaiki kapal layar. Menurutnya, jam tangan itu tertanggal dari pergelangan tangannya ketika dia berenang dalam air.



Rocha cuba dapatkan semula Apple Watchnya itu tetapi tidak berjaya. Oleh itu, dia kembali ke kapal layarnya semula. Yang mengejutkan ialah, dia masih dapat jejak Apple Watch tersebut di laut melalui aplikasi Find My. Namun akhirnya, Apple Watch tersebut mati.

Keesokan harinya, Rocha menerima pemberitahuan daripada aplikasi Find My bahawa Apple Watch telah dihidupkan. Dia hidupkan Lost Mode dan memasukkan beberapa maklumat peribadinya supaya sesiapa yang menjumpai jam tangan itu boleh menghubunginya.



Akhirnya, seorang remaja berusia 16 tahun menghantar mesej kepada Rocha di Instagram mengatakan bahawa dia dan bapanya telah menemui Apple Watch tersebut.

Jam tangan itu dijumpai oleh Benoni Antonio Filho, seorang penyelam berusia 50 tahun yang menjaga taman karang dan sentiasa mengumpul barang yang hilang untuk kembalikannya kepada pemilik asal. Selepas Apple Watch itu dijumpa, Filho caj peranti tersebut dan tunggu ia hidup sehinggalah terpapar mesej dari Find My. Dia akhirnya minta anaknya uruskan proses untuk pemulangan.

Sejauh manakah Apple Watch boleh kekal di bawah air?

Setiap model Apple Watch adalah kalis air sepenuhnya bermula dari Apple Watch Series 2. Menurut Apple, peranti itu telah diuji untuk hidup sehingga 50 meter di bawah air. Untuk Apple Watch Ultra, tahap rintangan meningkat kepada 100 meter dalam.

Walaupun anda boleh guna Apple Watch semasa mandi, berenang dan menyelam, tapi satu perkara yang perlu diingat ialah, Apple tidak melindungi kerosakan impak daripada air.

Ketahui lebih lanjut tentang rintangan air Apple Watch dan perkara yang perlu dilakukan apabila ia basah, di laman web Apple di sini.

[Sumber: 9TO5Mac]

Tags: appleapple watch
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Apple Watch hilang dalam laut, pengguna ini jejak & dapatkannnya semula guna Find My

Apple Watch hilang dalam laut, pengguna ini jejak & dapatkannnya semula guna Find My

30 March 2023
Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

18 September 2026
iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

16 September 2026
MyKad generasi baharu diperkenal dengan 53 ciri keselamatan, ini apa yang berubah

MyKad generasi baharu diperkenal dengan 53 ciri keselamatan, ini apa yang berubah

16 September 2026
Siri Oppo A7 Pro diumum dengan bateri 10,000mAh, tempahan dibuka dengan rebat RM200

Oppo A7 Pro 5G & A7 Pro Max 5G tiba di Malaysia, harga dari RM1,699

19 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN