• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

OnePlus 11 edisi Jupiter Rock diumumkan di China, diperbuat daripada batu mikrokristalin 3D

  • OLEH Putra Aziz
  • 6:02 pm
  • 30/03/2023
  • Komen
OnePlus 11 edisi Jupiter Rock diumumkan di China, diperbuat daripada batu mikrokristalin 3D
Share on FacebookShare on Twitter

OnePlus telah melancarkan OnePlus 11 dengan edisi terbaru dinamakan Jupiter Rock. Ia mempamerkan keunikan warna dan panel belakangnya yang diinspirasikan dari planet terbesar dalam sistem solar iaitu planet Musytari (Jupiter). Edisi ini akan menjadikannya warna ketiga yang ditawarkan selain hitam dan hijau.

Panel belakang edisi Jupiter Rock ini dihasilkan daripada batu mikrokristalin 3D yang menampakkan kilauan halus apabila dibawah cahaya matahari. Untuk menghasilkan bahan ini, penyelidikan dan pembangunan mengambil masa selama setahun dan melalui sembilan proses kompleks sebelum ianya sempurna dan boleh diletakkan pada panel belakang OnePlus 11. Setiap unit OnePlus 11 akan didatang dengan permukaan yang berbeza.



OnePlus mengatakan pengeluaran bahan ini amat rumit dengan efisien pengeluaran hanya 25% berbanding versi panel kaca yang terdapat pada dua warna hitam dan hijau. OnePlus juga memaklumkan panel belakang baharu ini rasa “sejuk dan mesra kulit seperti jed (batu) yang telah berada di bawah mata air selama beribu-ribu tahun”.

Walau dengan luaran yang lain, dalaman OnePlus 11 Jupiter Rock masih kekal sama seperti OnePlus 11 dengan dikuasakan cip Snapdragon 8 Gen 2, paparan QHD (3216 x 1440) 6.7-inci dengan panel Super Fluid AMOLED LTPO 3.0. Tenaga disumbangkan oleh bateri 5,000mAh dengan pengecasan pantas SuperVOOC 100W. Kamera utama menggunakan sensor IMX890 resolusi 50MP, kamera ultralebar 48MP dengan sensor IMX581 dan kamera telefoto 32MP dengan sensor IMX709. V



Kotak juga akan didatangkan dengan tema Jupiter Rock. Edisi istimewa ini akan tersedia dalam varian RAM 16GB dan storan 512GB pada harga CNY 4,899 (~3149.73) di China. Untuk persektif anda, di Malaysia, OnePlus 11 boleh didapati pada harga RM3,299 untuk varian RAM 8GB dan Storan 128GB, RM3,599 untuk RAM 16GB dan Storan 256GB. Buat masa sekarang, pra tempah telah boleh dibuat di China dan ia akan mula dijual di sana bermula 3 April 2023.

Untuk maklumat lebih lanjut berkaitan spesifikasi, boleh lihat artikel kami di sini.

[Sumber: GSMArena]

Tags: OnePlus 11
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

6 October 2026
Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
OnePlus 11 edisi Jupiter Rock diumumkan di China, diperbuat daripada batu mikrokristalin 3D

OnePlus 11 edisi Jupiter Rock diumumkan di China, diperbuat daripada batu mikrokristalin 3D

30 March 2023
Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

2 October 2026
Jangan simpan GrabCoins anda. Tukarkannya kepada baucar dan diskaun!

Jangan simpan GrabCoins anda. Tukarkannya kepada baucar dan diskaun!

14 August 2026
Bajet 2027: Rakyat dewasa dapat SARA RM100 dua kali, penerima STR sehingga RM1,800 setahun

Bajet 2027: Rakyat dewasa dapat SARA RM100 dua kali, penerima STR sehingga RM1,800 setahun

10 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN