• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Redmi Note 12 Turbo sah telefon pintar pertama diperkasa cip Snapdragon 7+ Gen 2

  • OLEH Putra Aziz
  • 2:12 pm
  • 30/03/2023
  • Komen
Redmi Note 12 Turbo sah telefon pintar pertama diperkasa cip Snapdragon 7+ Gen 2
Share on FacebookShare on Twitter

Sebelum ini, kami ada melaporkan beberapa spesifikasi Redmi Note 12 Turbo setelah ia didedahkan oleh Redmi di akaun Weibonya. Kini, Xiaomi secara rasmi telah melancarkan Redmi Note 12 Turbo di pasaran China, menjadikannya telefon pintar yang pertama mengguna cip terbaru Qualcomm Snapdragon 7+ Gen 2. Untuk pasaran pasaran global, ia dijangka akan dilancarkan pada hujung tahun ini di bawah jenama Poco.

Cip Snapdragon 7+ Gen 2 ini baru sahaja dilancarkan oleh Qualcomm pada pertengahan bulan Mac lalu, membuatkan ia satu tarikan menarik pada Redmi Note 12 Turbo. Cip tersebut merupakan peningkatan prestasi yang besar berbanding cip Snapdragon 7 Gen 1 sebelumnya. Ini adalah kerana, Snapdragon 7+ Gen 2 dibina pada proses TSMC 4nm dan berkongsi susun atur teras CPU yang sama seperti Snapdragon 8 Gen 1, iaitu cip flagship pada tahun lepas, cuma clockspeed lebih rendah.



Selain menggunakan cip terbaru Qualcomm, apa yang menarik pada Redmi Note 12 Turbo adalah ia mempunyai RAM LPDDR5 sehingga 16GB dan storan UFS 3.1 sehingga 1TB. Ia konfigurasi terbesar yang terdapat di pasaran dalam telefon segmen pertengahan. Bahagian bateri dimuatkan tangki berkapasiti 5,000mAh dengan pengcasan pantas 67W.

Di hadapan, terdapat paparan HD Penuh 6.67 inci menggunakan panel OLED dengan kecerahan maksimum 1,000 nits. Walaupun ia tidak menggunakan panel LTPO, kadar segar semula masih boleh bertukar antara 30Hz, 60Hz, 90Hz dan 120Hz, bersama kadar pensampelan sentuh 240Hz. Skrinnya mempunyai warna 12 bit meliputi gamut warna DCI-P3, ‘PWM Dimming’ setinggi 1920Hz, dan terdapat sokongan HDR+10.



Di bahagian pengimejan, Redmi Note 12 Turbo menggunakan tetapan tiga kamera dengan kamera utama 64MP bersama OIS, kamera ultralebar 8MP dan kamera makro 2MP. Untuk selfie terdapat kamera 16MP di hadapan. Lain-lain ciri termasuk speaker stereo bersama jek audio 3.5mm, sokongan 5G, NFC, Wifi 6e, dan pengimbas cap jari di dalam skrin. Luaran badan Redmi Note 12 Turbo berukuran 7.9mm tebal dan berat 181g. Ia boleh didapati dalam tiga warna iaitu biru, hitam dan putih.

Selain itu, terdapat Redmi Note 12 Turbo edisi Harry Potter yang didatangkan dengan reka bentuk dan logo Harry Potter di belakang telefon. Kotaknya juga lengkap bertemakan Harry Potter dan terdapat aksesori seperti sarung fon, pin kad SIM serta surat penerimaan ke Hogwarts. Tapi, edisi ini hanya tersedia untuk varian RAM 12GB dan storan 256GB.

Di China, Redmi Note 12 Turbo dilancarkan pada harga CNY1,999 (~RM1,279.51) untuk RAM 8GB dan storan 256GB, CNY2,199 (~RM1,407.52) untuk storan yang sama tapi RAM 12GB. Harga akan lagi tinggi untuk RAM 12GB dan storan 512GB pada harga CNY2,399 (~RM1,535.54) dan varian tertinggi RAM 16GB dan storan 1TB pada harga CNY2,799 (~RM1,791.57).

[Sumber: SoyaCincau]

Tags: Redmiredmi note 12 turboxiaomi
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Hanya tablet yang boleh berhubung terus dengan telefon layak digelar tablet terbaik

Cara kerja moden lebih maju menggunakan tablet generasi baru

15 September 2023
Guna cara moden ini untuk dapatkan tidur berkualiti dan gaya hidup sihat

Guna cara moden ini untuk dapatkan tidur berkualiti dan gaya hidup sihat

15 September 2023
Xiaomi 13T, telefon termurah dengan kamera Leica & kalis air IP68

Xiaomi 13T Pro tiada lagi Snapdragon, telefon 1TB pertama Xiaomi dan dijamin kemaskini 5 tahun

26 September 2023
Redmi Note 12 Turbo sah telefon pintar pertama diperkasa cip Snapdragon 7+ Gen 2

Redmi Note 12 Turbo sah telefon pintar pertama diperkasa cip Snapdragon 7+ Gen 2

30 Mac 2023
Kerajaan hulur pelbagai bantuan kepada penghuni PPR di bawah Belanjawan 2023 antaranya Internet percuma, kelas pemulihan dan pembaikan lif

Kerajaan hulur pelbagai bantuan kepada penghuni PPR di bawah Belanjawan 2023 antaranya Internet percuma, kelas pemulihan dan pembaikan lif

2 Ogos 2023
Kenapa masih guna 4G, kalau 5G lebih berbaloi dan ada telefon PERCUMA?

Kenapa masih guna 4G, kalau 5G lebih berbaloi dan ada telefon PERCUMA?

9 September 2023

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER