• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Vivo V27 dilancar dengan kamera swafoto 50MP autofokus dan pengecas 66W

  • OLEH Najib
  • 7:06 pm
  • 30/03/2023
  • Komen
Vivo V27 dilancar dengan kamera swafoto 50MP autofokus dan pengecas 66W
Share on FacebookShare on Twitter

Vivo Malaysia hari ini melancarkan satu lagi telefon pintar kelas pertengahan, Vivo V27. Ia adalah model yang lebih baik berbanding VivoV 27e yang dilancar awal bulan ini.

Telefon ini menampilkan kemasan badan yang nampak menawan serta mempertaruhkan sensor kamera bertaraf flagship, Sony IMX766V. Ia juga dilengkapi cip berkuasa tinggi keluaran Mediatek.



Harga dan promosi tempahan awal

Terdapat dua varian Vivo V27 ditawarkan untuk pasaran Malaysia. Harga rasmi jualannya adalah seperti berikut:

  • Vivo V27 (RAM 8GB + Storan 256GB) – RM1,799
  • Vivo V27 (RAM 12GB + Storan 256GB) – RM1,999

Telefon terbaru Vivo ini akan mula dijual pada hari Sabtu, 1 April 2023 di kedai konsep Vivo, pengedar sah Vivo, E-Store rasmi Vivo Malaysia dan kedai utama rasmi Vivo Malaysia di Shopee, Lazada dan TikTok.



Dari 1 April hingga 1 May 2023, pelanggan yang membeli vivo V27 layak mendapat hadiah percuma bernilai sehingga RM957, termasuk jaminan lanjutan 1 tahun, perlindungan skrin 1 tahun dan kotak hadiah eksklusif. Tambahan pula,  vivo juga memberikan Diskaun Pendidikan bernilai RM50 untuk pembelian vivo V27 varian 12GB dengan menunjukkan kad pengenalan pendidikan/kerja mereka semasa membuat pembelian.

Spesifikasi Vivo V27

Vivo memasang cip Mediatek Dimensity 7200 4nm ke dalam telefon Vivo V27. Ia digandingkan bersama RAM sehingga 12GB dan storan 256GB. Tiada slot kad mikroSD disediakan.

Skrin jenis AMOLED terdapat di hadapan, berukuran 6.78-inci HD Penuh dan kadar penyegaran 120Hz. Untuk membuka kunci telefon, terdapat pengimbas cap jari di dalam skrin.  Lubang kecil di dahinya, menempatkan kamera hadapan 50MP F2.45 dengan autofokus. Kamera yang menarik untuk peminat swafoto.

Di belakang, terdapat tiga kamera iaitu kamera utama 50MP F1.88 dengan sensor Sony IMX766V OIS, kamera ultra lebar 8MP F2.2 dan kamera makro 2MP F2.4. Limpahan cahaya LED memiliki keupayaan pancaran cahaya lembut untuk limpahan cahaya yang lebih sekata.

Tenaga diperolehi daripada bateri berkapasiti 4,600mAh. Ia menyokong pengecasan pantas 66W USB-C yang datang bersama di dalam kotak. Pengecas ini mampu mengisi bateri dari 0-50% dalam masa 19 minit. Sistem operasi FunTouch OS 13 berasaskan Android 13, datang siap di dalam Vivo V27.

Vivo Malaysia menyediakan tiga pilihan warna dengan kemasan menarik untuk Vivo V27. Warna Emerald Green kaca zamrud yang boleh berubah warna apabila terkena cahaya UV. Warna Noble Black pula menampilkan tekstur kilauan seperti bintang di langit malam. Warna Flowing Gold memperlihat corak riak air 3D pada permukaan belakang.

Untuk maklumat lanjut, layari laman produk Vivo V27.

Bacaan Berkaitan

  • Vivo V27e dengan kamera 64MP boleh didapati pada harga RM1,299
  • Vivo V27 disahkan akan hadir ke pasaran Malaysia, menggunakan sensor Sony IMX766V
  • Tiada lagi kulit sesumpah, Vivo V27e akan datang dengan kemasan bulu burung dan lampu cincin aura
  • Siri Vivo X90: Telefon Dimensity termahal Malaysia, diperkasa cip khas Vivo V2
Tags: vivovivo v27
Najib

Najib

POPULAR

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025
Vivo V27 dilancar dengan kamera swafoto 50MP autofokus dan pengecas 66W

Vivo V27 dilancar dengan kamera swafoto 50MP autofokus dan pengecas 66W

30 March 2023
Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

13 June 2025
Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

19 June 2025
Redmi Pad 2 dilancar, tablet murah dengan skrin 11″ 90Hz & bateri besar 9,000mAh

Redmi Pad 2 dilancar, tablet murah dengan skrin 11″ 90Hz & bateri besar 9,000mAh

20 June 2025
Realme C71 akan dilancar pada 12 Jun, hadir dengan bateri 6,300mAh & kamera 50MP

Realme C71 rasmi di Malaysia, telefon bawah RM500 dengan bateri besar 6,300mAh

12 June 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER