• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita Pengangkutan Automotif

Lotus Eletre, Hyper SUV elektrik pertama dunia akan datang ke Malaysia

  • OLEH Najib
  • 2:09 pm
  • 03/04/2023
  • Komen
Lotus Eletre, Hyper SUV elektrik pertama dunia akan datang ke Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

Lotus, jenama kenderaan yang pernah menjadi kebanggaan Malaysia bakal membawa kenderaan elektrik pertama mereka ke pasaran Malaysia. Dikenali sebagai Lotus Eletre, ia turut digelar oleh Lotus sebagai Hyper SUV elektrik sepenuhnya pertama di dunia.

Eletre memiliki DNA daripada kereta lumba terkini, Lotus Emira. Ia turut menggabungkan prestasi aerodinamik revolusi daripada kenderaan elektrik sepenuhnya, Lotus Evija.



Perkara ini boleh dilihat dengan jelas di laman web Lotus Car Malaysia. Mereka telah membangunkan laman produk Lotus Eletre dan menerima pendaftaran minat. Terdapat tiga model Eletre disenaraikan iaitu Eletre sebagai model asas, Eletre S dan model terbaik adalah Eletre R.

Bagi model asas dan Eletre S, ia dikuasakan oleh enjin motor elektrik tunggal dan bateri 112kWh, menghasilkan kuasa 603bhp dan tork 710Nm. Ia boleh memecut 0-100km/j dalam masa 4.5 saat dan jarak perjalanan WLTP dengan cas penuh sejauh 600km.



Model terbaik, Eletre R dilengkapi dua enjin motor elektrik, menghasilkan kuasa 905bhp dan tork 985Nm. Ia memberikannnya keupaayan pecutan 0-100km/j dalam masa 2.95 saat. Baterinya serupa, 112kWh dengan jarak perjalanan WLTP selepas dicas penuh hanya 490km.

Lotus mengenakan rim 20-inci untuk model asas, dan rim 22-inci bagi model S dan model R. Dalam aspek mengecas, Lotus menyatakan ia menyokong pengecas DC 350kW dan mampu mengecas pantas dari 10-80% dalam masa 20 minit sahaja. Ia juga menerima pengecasan AC 22kW.

Khabarnya, Lotus Eletre akan dijual di Malaysia bermula dari RM630,000 termasuk pengecualian cukai duti EV. Lebih banyak maklumat mengenai Lotus Eletre akan diketahui apabila ia dilancarkan di Malaysia tidak lama lagi.

Tags: LotusLotus Eletre
Najib

Najib

POPULAR

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

25 December 2025
Lotus Eletre, Hyper SUV elektrik pertama dunia akan datang ke Malaysia

Lotus Eletre, Hyper SUV elektrik pertama dunia akan datang ke Malaysia

3 April 2023
Xiaomi Mijia Air Conditioner Eco kini di Malaysia, boleh dapat serendah RM1,000

Xiaomi Mijia Air Conditioner Eco kini di Malaysia, boleh dapat serendah RM1,000

30 March 2026
Vivo V70 FE bakal tiba di Malaysia dengan kamera utama 200MP OIS

Vivo V70 FE bakal tiba di Malaysia dengan kamera utama 200MP OIS

31 March 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN