• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Garmin Forerunner 265 dan Forerunner 965: Maklumat penjualannya di Malaysia

  • OLEH Najib
  • 2:33 pm
  • 04/04/2023
  • Komen
Garmin Forerunner 265 dan Forerunner 965: Maklumat penjualannya di Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

Garmin telah melancarkan siri Forerunner dengan skrin AMOLED pertama mereka, Forerunner 265 dan Forerunner 965 di pentas antarabangsa bulan lepas. Kini, Garmin Malaysia mengumumkan ia telah tiba di pasaran tempatan. Dengan skrin AMOLED, jam kecergasan kegemaran ramai ini tampil dengan skrin sentiasa hidup dan kecerahan lebih tinggi, tanpa mengorbankan hayat bateri.

Harga dan ketersediaan

Peminat boleh mendapatkan jam Garmin Forerunner 265 mulai sekarang. Manakala jam Garmin Forerunner 965 akan mula dijual di sini pada akhir April 2023. Ia akan terdapat di kedai jenama Garmin, pengedar sah Garmin, serta di atas talian di AECO e-store serta Stor Garmin di Lazada dan Shopee.



Harga jualan rasmi di Malaysia adalah seperti berikut:

  • Garmin Forerunner 265 – RM2,220
  • Garmin Forerunner 265s – RM2,220
  • Garmin Forerunner 965 – RM2,970

Spesifikasi Garmin Forerunner 265

Skrin sentuh AMOLED yang lebih cerah kini terdapat di Forerunner 265. Terdapat dua saiz ditawarkan, 47mm (Forerunner 265) dan 42mm (Forerunner 265s). Skrin ini dilindungi kaca Corning Gorilla Glass 3 yang tahan calar. Bingkainya diperbuat daripada plastik polimer.



Hayat bateri masih panjang, walaupun menggunakan skrin AMOLED. Bagi Forerunner 265, ia boleh bertahan sehingga 13 hari dalam mod biasa jam pintar. Ia juga boleh menggunakan GPS berterusan sehingga 20 jam.

Untuk Forerunner 265s, walaupun lebih kecil ia ada hayat bateri lebih panjang. Dalam mod jam pintar, ia boleh hidup sehingga 15 hari. Manakala penggunaan GPS berterusan, sehingga 24 jam.

Garmin kini menjadikan storan muzik di dalam jam sebagai standard untuk Forerunner 265. Ia menyokong penyimpanan lagi daripada Spotify, Deezer dan Amazon Music untuk dimainkan tanpa sambungan telefon di dalam storan 8GB yang terbina di dalam.

Satu lagi pembaharuan di dalam Forerunner 265 adalah tambahan teknologi Satiq. Selain menggunakan penjejak lokasi pelbagai jalur GPS, penggunaan Satiq membolehkan ketepatan lokasi dipertingkat dengan lebih cepat.

Spesifikasi Garmin Forerunner 965

Skrin sentuh AMOLED di Forerunner 965 berukuran lebih besar, dengan muka jam 47mm. Kali ini, tiada lagi pilihan panel Solar ditawarkan. Kaca Corning Gorilla Glass 3 DX yang lebih tahan calar digunakan. Bingkai pula daripada jenis Titanium, ringan dan tahan lasak.

Jam ini memiliki hayat bateri lebih panjang. Ia boleh digunakan dalam mod jam pintar sehingga 23 hari. Manakala penjejak lokasi GPS dapat bertahan sehingga 31 jam. Jam kecergasan yang lebih sesuai untuk pengguna lebih ekstrem.

Storan di Forerunner 965 lebih besar iaitu 32GB. Ini memang penting kerana jam ini memiliki lebih banyak fungsi canggih berbanding Forerunner 265. Antaranya fungsi menyimpan peta untuk navigasi.

Untuk maklumat lanjut, layari laman produk Garmin Forerunner 265 dan Garmin Forerunner 965.

Bacaan Berkaitan

  • Garmin Forerunner 965 & 265: Dua jam tangan pertama dalam keluarganya dengan panel OLED
  • Garmin Forerunner 955 & Forerunner 255: Maklumat penjualannya di Malaysia
  • Forerunner 955: Garmin bawakan panel solar buat pertama kalinya pada jam siri berlari
Tags: garmingarmin forerunner 265garmin forerunner 965
Najib

Najib

POPULAR

realme 15 Pro: Peneman AI Terbaik untuk Setiap Detik Malam

realme 15 Pro: Peneman AI Terbaik untuk Setiap Detik Malam

18 September 2025
Gabungan ketahanan, kelancaran & gaya dalam satu telefon, itulah OPPO A6 Pro 5G

Gabungan ketahanan, kelancaran & gaya dalam satu telefon, itulah OPPO A6 Pro 5G

24 September 2025
Garmin Forerunner 265 dan Forerunner 965: Maklumat penjualannya di Malaysia

Garmin Forerunner 265 dan Forerunner 965: Maklumat penjualannya di Malaysia

4 April 2023
Xiaomi 17, 17 Pro & 17 Pro Max dilancar: Bateri 7,500mAh, kamera Leica & skrin belakang baru

Xiaomi 17, 17 Pro & 17 Pro Max dilancar: Bateri 7,500mAh, kamera Leica & skrin belakang baru

29 September 2025
Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

20 September 2025
Honor X9d 5G dilancar: Telefon tahan lasak IP69K, bateri 8,300mAh & dapat percuma tablet

Honor X9d 5G dilancar: Telefon tahan lasak IP69K, bateri 8,300mAh & dapat percuma tablet

24 September 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER