• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Asus

Konsol Asus ROG Ally adalah produk sebenar, menawarkan prestasi lebih baik berbanding Steam Deck

  • OLEH Putra Aziz
  • 5:33 pm
  • 04/04/2023
  • Komen
Konsol Asus ROG Ally adalah produk sebenar, menawarkan prestasi lebih baik berbanding Steam Deck
Share on FacebookShare on Twitter

Asus baru-baru ini telah memuat naik satu video produk baharu iaitu konsol yang dipanggil ROG Ally. Video berdurasi tiga minit itu menunjukkan reka bentuk konsol dan ciri-ciri yang dilengkapinya. Tapi disebabkan ia dimuatnaik pada 1 April dan kurang informasi berkaitan harga serta tarkih penjualan, orang ramai merasakan ianya adalah satu gurauan April Fool oleh Asus.

Walau bagaimanapun, Asus telah mengesahkan ROG Ally bukan satu gurauan sebaliknya adalah produk sebenar yang akan dilancarkan nanti. Pengesahan itu dibuat oleh Asus menerusi satu hantaran Twitter yang memautkan link produk ROG Ally di BestBuy, tapi masih belum tersedia untuk dijual. Mereka yang berminat boleh mendaftar untuk mendapatkan butiran bila pra tempah akan bermula.



It’s real!
Stay tuned for more 👀
Want to know when pre-orders start?
👉https://t.co/ljc2GNN0UU#ROG #ROGALLY #PlayALLYourGames pic.twitter.com/IG6vDtgTag

— ROG Global (@ASUS_ROG) April 3, 2023

Menurut Asus, ROG Ally menggunapakai sistem operasi Windows 11 dan dikuasakan oleh APU Ryzen tersuai daripada AMD, seperti SoC Aerith yang terdapat di dalam Steam Deck Valve. Asus mengatakan ia adalah APU terlaju daripada AMD setakat ini. Selain cip, paparan ROG Ally juga boleh dilihat dua kali ganda lebih baik berbanding Steam Deck.

Kedatangan ROG Ally lebih meyakinkan apabila YouTuber Dave2D mempamerkan rupa bentuk dan memberi penerangan ringkas tentang spesifikasi, selain mengesahkan pelan Asus untuk melancarkannya secara global. Menurut Dave2D, konsol itu mempunyai paparan 7 inci beresolusi 1920 x 1080 dengan kadar segar semula 120Hz. Kecerahan maksimum 500 nits dan menggunakan nisbah aspek 16:9. Sebagai perbandingan, Steam Deck memiliki paparan 7 inci beresolusi 1280 x 800 denga kadar segar semula 60Hz, kecerahan maksimum 400 nits dan menggunakan nisbah aspek 16:10.



Cip digunakan ROG Ally adalah berasaskan seni bina AMD Zen 4 dengan teknologi grafik RDNA 3 yang terdapat dalam GPU Radeon baru-baru ini. Oleh itu, sudah pasti ia mempunyai keseluruhan prestasi yang lebih baik dari Steam Deck dengan mempunyai kualiti piksel lebih, kadar segar semula lebih tinggi dan cip lebih berkuasa. Namun, kesemua ciri ini boleh mempengaruhi penggunaan bateri memandangkan ia konsol mudah alih.

Dalam pada itu, ujian yang dilakukan oleh Dave2D juga menunjukkan penggunaan ROG Ally lebih senyap kira-kira 20dB berbanding Steam Deck pada 37dB semasa bermain. Ini adalah kerana, Asus meletakkan sistem dua kipas yang membolehkan udara disedut dari belakang dan melepaskannya di bahagian atas. Lebih menarik, ROG Ally boleh dipadankan dengan ROG XG Mobile eGPU untuk menstrim permainan pada skrin yang lebih besar.

Bagaimanapun, unit yang terdapat pada Dave2D adalah unit prototaip. Oleh itu, dalaman atau luaran ROG Ally masih boleh berubah untuk versi akhir produk itu nanti. Asus masih tidak memberi pencerahan tentang harga, tapi YouTuber yang sama memberitahu ia akan diletakkan pada harga yang sangat kompetitif.

[Sumber: The Verge]

Tags: asusASUS ROGAsus ROG AllySteam deck
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Konsol Asus ROG Ally adalah produk sebenar, menawarkan prestasi lebih baik berbanding Steam Deck

Konsol Asus ROG Ally adalah produk sebenar, menawarkan prestasi lebih baik berbanding Steam Deck

4 April 2023
KLIMS 2026 bakal kembali Jun ini, lebih daripada sekadar pameran kereta

KLIMS 2026 bakal kembali Jun ini, lebih daripada sekadar pameran kereta

10 June 2026
ASUS ExpertBook Ultra dilancar di Malaysia, laptop ringan 0.99kg, skrin Tandem OLED 3K & Intel Core Ultra X7

ASUS ExpertBook Ultra dilancar di Malaysia, laptop ringan 0.99kg, skrin Tandem OLED 3K & Intel Core Ultra X7

12 June 2026
Vivo Y31s 5G Malaysia: Bateri BlueVolt 6,500mAh & kalis air IP69+ pada harga RM1,199

Vivo Y31s 5G Malaysia: Bateri BlueVolt 6,500mAh & kalis air IP69+ pada harga RM1,199

11 June 2026
Oppo Find X9 Ultra rasmi di Malaysia, guna telefoto 50MP 10x Hasselblad pertama industri

Meneroka Keunikan Warisan Kelantan Bersama Flagship Fotografi Muktamad, OPPO Find X9 Ultra!

16 June 2026
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN