• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Logo kuning Twitter di Malaysia kini boleh dilanggan pada harga RM4,500 sebulan

  • OLEH Fatin Amanina
  • 3:08 pm
  • 04/04/2023
  • Komen
Logo kuning Twitter di Malaysia kini boleh dilanggan pada harga RM4,500 sebulan
Share on FacebookShare on Twitter

Twitter Verified Organizations atau akaun organisasi yang disahkan Twitter telah diperkenalkan sekitar hujung tahun 2022. Ia membolehkan organisasi dari semua jenis perniagaan sahkan mana-mana akaun yang berkaitan dengan mereka.

Untuk akaun jenis ini, tanda warna emas kekuningan akan diletakkan bersebelahan dengan nama Twitter. Kemudian, untuk akaun ahli gabungan (affiliate) akan ada gambar profil empat segi kecil organisasi di sebelah tanda tersebut. Tanda pengesahan organisasi ini kini diperluaskan di Malaysia.



Untuk dapatkannya, anda perlu bayar sebanyak RM4,500 sebulan dan tambahan RM230 sebulan jika anda mahukan ahli gabungan (affiliate) disahkan juga. Dalam masa yang sama, akaun organisasi dan ahli gabungan yang disahkan akan turut menerima semua faedah Twitter Blue.

Dibandingkan dengan tanda sah biru, tanda warna emas ini hanya boleh digunakan untuk organisasi sahaja. Manakala tanda biru boleh digunakan oleh sesiapa sahaja yang ingin akses ciri istimewa Twitter.



Cara mohon pengesahan akaun organisasi Twitter

Untuk lakukan pemohonan pengesahan bagi akaun organisasi, anda boleh daftarnya di sini. Twitter akan semak butiran anda dan jika kriteria kelayakan dipenuhi, anda akan terima e-mel pengesahan untuk aktifkan akaun anda sebagai akaun organisasi yang disahkan Twitter.

Berikut merupakan kriteria kelayakan yang diperlukan:

  1. Organisasi mesti sediakan akaun Twitter aktif, alamat e-mel organisasi dan domain laman web semasa apabila mendaftar
  2. Organisasi perlu ada akses dan urus akaun aktif yang ingin disahkan. Anda akan dikehendaki untuk sahkan akaun apabila mengaktifkan langganan baharu
  3. Anda juga mungkin diminta untuk memberikan butiran tambahan

Bagi saya, organisasi besar seperti telco dan perniagaan lain perlu pertimbangkan untuk dapatkan tanda pengesahan ini kerana ia penting untuk bantu pengguna membezakan antara akaun palsu dan asli. Ini juga dapat membendung orang ramai daripada menyebarkan maklumat dari akaun parodi.

Tags: Twitter
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Logo kuning Twitter di Malaysia kini boleh dilanggan pada harga RM4,500 sebulan

Logo kuning Twitter di Malaysia kini boleh dilanggan pada harga RM4,500 sebulan

4 April 2023
PDRM uji Nissan Kicks e-Power selama 2 bulan untuk operasi barisan hadapan

PDRM uji Nissan Kicks e-Power selama 2 bulan untuk operasi barisan hadapan

7 August 2026
Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia: Harga RM6,499, pembeli awal dapat WF-1000XM6 percuma

Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia: Harga RM6,499, pembeli awal dapat WF-1000XM6 percuma

4 August 2026
Redmi A7 Malaysia: Telefon bajet bawah RM500 dengan skrin 120Hz & bateri 5,200mAh

Redmi A7 Malaysia: Telefon bajet bawah RM500 dengan skrin 120Hz & bateri 5,200mAh

7 August 2026
Redmi 17 4G & 5G kini di Malaysia dengan bateri 7,500mAh, harga dari RM699

Redmi 17 4G & 5G kini di Malaysia dengan bateri 7,500mAh, harga dari RM699

7 August 2026
Omoda C7 PHEV dibuka untuk tempahan di Malaysia, harga anggaran RM180,000

Omoda C7 PHEV dibuka untuk tempahan di Malaysia, harga anggaran RM180,000

10 August 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN