• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

iPhone 15 & 16 bukan Pro akan kekal dengan skrin 60Hz, ProMotion 120hz dijangka tiba tahun 2025

  • OLEH Putra Aziz
  • 5:34 pm
  • 05/04/2023
  • Komen
Apple pecah rekod, 8 dari 10 telefon terbanyak dijual tahun lepas adalah iPhone!
Share on FacebookShare on Twitter

Secara umumnya, Apple menawarkan dua versi untuk iPhone iaitu model Pro dan model standard. Model Pro dimuatkan ciri yang lebih premium seperti menggunakan skrin LTPO dengan ProMotion 120Hz. Tapi, Apple dikatakan akan membawa teknologi itu ke model iPhone standard pada tahun 2025.

Ia setelah dilaporkan oleh Ross Young, Ketua Pegawai Eksekutif Display Supply Chain Consultants, yang mengatakan teknologi ProMotion akan dikembangkan pada model standard iPhone dalam masa dua tahun lagi, setelah mula diperkenal pada iPhone 13 Pro pada tahun 2021. Teknologi ini membolehkan kadar segar semula skrin ditingkatkan sehingga 120Hz untuk memberi pengalaman mengguna lebih lancar, serta boleh memperlahankan kadar segar semula untuk kecekapan tenaga, apabila perlu.



Untuk pengetahuan anda, teknologi ProMotion pada model iPhone 13 Pro boleh turun sehingga 10Hz, manakala untuk iPhone 14 Pro boleh turun lebih rendah pada 1Hz. Ini membenarkan paparan sentiasa hidup pada iPhone 14 Pro yang boleh menunjukkan jam pada skrin kunci, widget dan notifikasi walaupun semasa skrin dikunci.

Selain itu, peta hala tuju oleh Ross menunjukkan iPhone 17 dan iPhone 17 Pro akan menggunakan skrin LTPO pada model iPhone standard, sekali gus menampilkan ciri ProMotion dan paparan sentiasa hidup. Mengikut peta yang sama, ia boleh dilihat Apple akan memperkenalkan Face ID dan kamera hadapan di dalam skrin pada iPhone akan datang.



Walaupun masih tiada kepastian tentang apa yang diperkatakan ini, penganalisis tersebut telah banyak membocorkan butiran dengan tepat berkaitan paparan Apple akan datang seperti ProMotion hadir ke iPhone 13 Pro dan MacBook Pro. Ia juga dipercayai model iPhone 15 tahun ini akan didatangkan dengan ciri Dynamic Island.

Jika betul, ia akan menghilangkan penggunaan takuk pada kesemua model iPhone dan akan menggunapakai lubang bujur berbentuk pil seperti yang terdapat pada iPhone 14 Pro.

Tags: iphoneiphone 13 proiphone 14 pro
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Apple pecah rekod, 8 dari 10 telefon terbanyak dijual tahun lepas adalah iPhone!

iPhone 15 & 16 bukan Pro akan kekal dengan skrin 60Hz, ProMotion 120hz dijangka tiba tahun 2025

5 April 2023
ASUS ExpertBook Ultra dilancar di Malaysia, laptop ringan 0.99kg, skrin Tandem OLED 3K & Intel Core Ultra X7

ASUS ExpertBook Ultra dilancar di Malaysia, laptop ringan 0.99kg, skrin Tandem OLED 3K & Intel Core Ultra X7

12 June 2026
KLIMS 2026 bakal kembali Jun ini, lebih daripada sekadar pameran kereta

KLIMS 2026 bakal kembali Jun ini, lebih daripada sekadar pameran kereta

10 June 2026
Vivo Y31s 5G Malaysia: Bateri BlueVolt 6,500mAh & kalis air IP69+ pada harga RM1,199

Vivo Y31s 5G Malaysia: Bateri BlueVolt 6,500mAh & kalis air IP69+ pada harga RM1,199

11 June 2026
Unifi TV umum harga Pas Piala Dunia FIFA 2026, RM20 sehari atau RM50 untuk satu musim

Unifi TV umum harga Pas Piala Dunia FIFA 2026, RM20 sehari atau RM50 untuk satu musim

8 June 2026
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN