• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Teknologi Audio

OnePlus Nord Buds 2 lebih canggih dengan mod ANC, telus bunyi & BassWave

  • OLEH Najib
  • 12:14 pm
  • 05/04/2023
  • Komen
OnePlus Nord Buds 2 lebih canggih dengan mod ANC, telus bunyi & BassWave
Share on FacebookShare on Twitter

Di samping telefon pintar OnePlus Nord CE 3 Lite, OnePlus turut melancarkan fon putik mampu milik baharu. Ia diberi nama OnePlus Nord Buds 2. Fon putik generasi kedua di bawah nama Nord ini ditambah dengan satu ciri audio yang sangat penting, penyaring hingar aktif (ANC).

Harga dan ketersediaan

Kepada yang berminat mendapatkannya, OnePlus Nord Buds 2 akan mula dijual di Malaysia pada 18 April 2023. Harga rasminya telah ditetapkan pada RM329.



Tetapi khas pada hari pertama jualan, OnePlus menawarkan diskaun sebanyak RM30. Ini menjadikannya harganya cuma RM299 pada 18 April 2023. Tawaran ini boleh didapati di Stor Online OnePlus Malaysia dan juga di Lazada.

Spesifikasi OnePlus Nord Buds 2

Pemacu audio pada OnePlus Nord Buds 2 berukuran 12.4mm, agak besar untuk kategorinya. Ditambah dengan tekologi algoritma BassWave, Dolby Atmos dan DIRAC Audio Tuner, ia boleh memberikan bunyi bass yang lebih mendalam serta lebih realistik.



Paling menarik, OnePlus kini menambah keupayaan ANC pada fon putik Nord. Ia boleh menapis hingar di persekitaran sehingga 25db, menggunakan dua mikrofon yang terbina di dalam. Di samping itu, ia turut hadir dengan keupayaan telus bunyi persekitaran atau mod transparensi. Ini membolehkan bunyi persekitaran didengar dengan jelas walaupun memakai fon putik di dalam telinga.

Dengan hayat bateri sehingga 7 jam di fon putik dan sehingga 36 jam bersama bekas pengecas jika ANC dimatikan, pengguna tidak perlu risau kehabisan bateri semasa menggunakan OnePlus Nord Buds 2. Masa penggunaan bersama ANC aktif juga agak bagus, sehingga 5 jam di fon putik dan 27 jam bersama bekas pengecas. Mengecas pula dilakukan menerusi sambungan USB-C.

Peminat aktiviti kecergasan boleh menikmati lagu bersama OnePlus Nord Buds 2 kerana ia kalis percikan air IP55. Ini membolehkan ia digunakan tanpa gangguan di bawah hujan renyai atau berpeluh.

Menerusi sambungan Bluetooth 5.3, OnePlus Nord Buds 2 boleh bersambung serentak ke dua peranti. Ia turut menyokong sistem OnePlus Fast Pair.

OnePlus Nord Buds 2 disediakan dalam dua pilihan warna iaitu putih dan hitam. Untuk maklumat lanjut, layari laman produk OnePlus Nord Buds 2.

Bacaan Berkaitan

  • OnePlus Nord CE 3 Lite dilancar dengan storan berganda, harga lebih murah
  • OnePlus lancar fon putik lebih murah daripada Buds 2 Pro dengan dua ciri ini dibuang
  • OnePlus Buds Pro 2: Maklumat penjualannya di Malaysia
Tags: OnePlusOnePlus Nord Buds 2
Najib

Najib

POPULAR

OnePlus Nord Buds 2 lebih canggih dengan mod ANC, telus bunyi & BassWave

OnePlus Nord Buds 2 lebih canggih dengan mod ANC, telus bunyi & BassWave

5 April 2023
Tren ECRL EMU Kota Bharu ke Stesen Terminal Bersepadu Gombak, berapa jam perjalanan?

Tren ECRL EMU Kota Bharu ke Stesen Terminal Bersepadu Gombak, berapa jam perjalanan?

14 August 2026
Tiket F1 Bahrain GP 2026 di Malaysia rasmi mula dijual, harga dari RM200 untuk rakyat Malaysia

Tiket F1 Bahrain GP 2026 di Malaysia rasmi mula dijual, harga dari RM200 untuk rakyat Malaysia

13 August 2026
Omoda C7 PHEV dibuka untuk tempahan di Malaysia, harga anggaran RM180,000

Omoda C7 PHEV dibuka untuk tempahan di Malaysia, harga anggaran RM180,000

10 August 2026
Siri Honor Pad 20 bakal tiba di Malaysia, ini spesifikasi yang dijangka ditawarkan

Siri Honor Pad 20 bakal tiba di Malaysia, ini spesifikasi yang dijangka ditawarkan

11 August 2026
PDRM uji Nissan Kicks e-Power selama 2 bulan untuk operasi barisan hadapan

PDRM uji Nissan Kicks e-Power selama 2 bulan untuk operasi barisan hadapan

7 August 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN