• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Redmi Note 12 Malaysia: Snapdragon 685 dan segala manfaat lain dalam pakej dari RM659

  • OLEH Hanif Azrai
  • 9:35 pm
  • 05/04/2023
  • Komen
Redmi Note 12 Malaysia: Snapdragon 685 dan segala manfaat lain dalam pakej dari RM659
Share on FacebookShare on Twitter

Redmi hari ini telah mengumumkan kemas kini penawaran siri Redmi Note mereka untuk pasaran Malaysia. Sebanyak varian telah diperkenal untuk kita iaitu:

  • Redmi Note 12 Pro+ 5G
  • Redmi Note 12 5G
  • Redmi Note 12

Harga Siri Redmi Note 12 di Malaysia

Sekiranya anda berminat untuk memiliki mana-mana varian dalam siri Redmi, sesi tempahan awal pembelian sedang dijalankan sehingga 13 April 2023. Berikut adalah harga siri Redmi Note 12 di Malaysia:



  • Redmi Note 12 Pro+ 5G (8+256) – RM1,599
  • Redmi Note 12 5G (8+256) – RM1,099
  • Redmi Note 12 (8+128) – RM799
  • Redmi Note 12 (6+128) – RM699

Baca tentang Redmi Note 12 Pro+ disini
Baca tentang Redmi Note 12 5G disini
Baca tentang Redmi Note 12 disini

Antara promosi yang sedang berjalan adalah Redmi Note 12 varian 6+128 boleh didapatkan secara dalam talian secara ekslusif pada harga RM659. Selain itu, anda juga akan terima hadiah Redmi Smart Band 2 untuk pembeli awal mana-mana varian Redmi Note 12.



Spesifikasi Redmi Note 12

Redmi Note 12 adalah varian terendah dalam trio yang dilancarkan. Ia tidak dilengkapi teknologi 5G seperti dua saudaranya yang lain.

Atas papan utama, Redmi Note 12 dipacu oleh SoC Snapdragon 685. Cip ini berada dalam kategori 6nm, sama seperti Mediatek Dimensity 1080 dan juga Snapdragon 4 Gen 1 yang diguna pakai oleh dua varian teratas siri ini.

Hanya satu kombinasi RAM dan storan ditawarkan iaitu RAM 8GB dan storan 128GB. Untuk pengguna perluaskan storan dalaman, satu slot mikro-SD boleh digunakan bagi tujuan tersebut.

Di bahagian muka, Redmi Note 12 diberikan panel AMOLED sebesar 6.67”. Kadar segar semulanya boleh mencapai sehingga 120Hz dengan tahap kecerahan 450 nits dalam keadaan biasa dan 1,200 nits dalam keadaan tertentu.

Untuk mengambil gambar, Redmi membekalkan sensor Samsung JN1 untuk kamera utamanya. Dua baki kamera belakang Redmi Note 12 adalah masing-masing kamera ultralebar 8MP dan kamera makro 2MP. Selfie diambil menggunakan kamera 13MP.

Membekalkan tenaga kepada komponen elektronik telefon ini adalah bateri berkapasiti 5,000mAh. Ia dicas menggunakan blok 33W yang disediakan di dalam kotak.

Tags: androidmobilephoneRedmiredmi noteredmi note 12redmi note 12 5gredmi note 12 pro+ 5gtelefon
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Redmi Note 12 Malaysia: Snapdragon 685 dan segala manfaat lain dalam pakej dari RM659

Redmi Note 12 Malaysia: Snapdragon 685 dan segala manfaat lain dalam pakej dari RM659

5 April 2023
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER