Anda pernah lalui situasi kelam kabut sediakan makanan untuk sahur atau berbuka puasa? Hal ini adakalnya boleh terjadi kerana individu tidak buat persiapan memasak lebih awal. Lagi panik, apabila semua bahan masakan masih beku dan tidak di potong. Jika pernah berada dalam situasi tersebut, anda sebenarnya boleh selesaikannya dengan mudah dan cepat apabila memiliki 5 gajet dapur di bawah ini.
1. Electric Mini Chopper
Dengan Electric Mini Chopper, anda boleh hancurkan bahan masakan seperti bawang, cili dan halia dengan mudah. Ia miliki bilah keluli tajam yang mampu haluskan bahan masakan dengan baik. Anda hanya perlu masukkan bahan ke dalam pemproses, tutupnya dan tekan butang untuk mula kisar bahan. Electric Mini Chopper sangat membantu untuk sediakan bahan masakan lebih-lebih lagi ketika tiada elektrik untuk menggunakan pengisar biasa. Ia mudah dicas menggunakan USB sahaja.
Anda boleh dapatkan Electric Mini Chopper di Lazada dan Shopee pada harga sekitar RM7-RM20 sahaja.
2. Defroster Multi-Functional
Nak nyahbeku bahan mentah tapi kesuntukan masa? Saya cadangkan anda guna Defroster Multi-Functional. Ia mempunyai gabungan teknologi pencairan udara (Air Drying Thawing) yang memberikan aliran udara tinggi untuk penyahbekuan pantas, serta gabungan pensterilan UVC untuk elak pembiakan bakteria. Anda boleh pilih sama ada mahu ia bekerja selama 15 atau 30 minit untuk menyahbekukan bahan mentah. Defroster Multi-Functional boleh digunakan tanpa wayar dan ia boleh dicas semula menggunakan USB.
Dapatkan Defroster Multi-Functional di Lazada dan Shopee pada harga sekitar RM38-RM60.
3. Automatic Pan Stirrer
Ada masakan yang memerlukan kita mengacaunya sehingga masak, bagi memastikan ia sebati atau mengelakkan ia hangus. Dengan Automatic Pan Stirrer, ia boleh bantu anda lakukan hal tersebut. Gajet ini datang dengan amterial plastik ABS. Ia hadir dengan kelajuan boleh laras. Selain itu, ia memerlukan 2 bateri jenis AA untuk dihidupkan.
Dapatkan Automatic Pan Stirrer di Lazada dan Shopee pada harga sekitar RM14-RM25.
4. Electric Lunch Box
Electric Lunch Box membolehkan anda masak atau panaskan sehingga 4 jenis makanan serentak. Jika anda kesuntukan masa, bolehlah anda masak makanan ringkas di sini. Contohnya nasi, telur dadar, sup sayur dan ikan kukus. Ia mudah digunakan sebab hanya ada satu butang sahaja yang perlu ditekan untuk aktifkan pemanasan.
Anda boleh dapatkan Electric Lunch Box di Lazada dan Shopee dengan harga sekitar RM20-RM40.
5. Compact Can Opener
Pernah rasa susah ketika bembuka tin makanan atau susu? Jika ya, Compact Can Opener boleh bantu anda lakukannya dengan mudah dan kemas. Ia miliki bilah keluli tahan karat yang tajam untuk membelah permukaan tin. Bentuknya yang bulat dan tebal membuatkan ia mudah dipegang.
Dapatkan Compact Can Opener di Lazada dan Shopee dengan harga sekitar RM10.
Selain miliki gajet ini, anda boleh juga pesan makanan atas talian jika sudah kesuntukan masa. Yang penting, rancang juadah sahur dan berbuka anda lebih awal supaya anda dapat sediakannya dengan baik.