• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Lebih 21 juta nombor telefon rakyat Malaysia dijual kepada scammer

  • OLEH Putra Aziz
  • 3:35 pm
  • 07/04/2023
  • Komen
Lebih 21 juta nombor telefon rakyat Malaysia dijual kepada scammer
Share on FacebookShare on Twitter

Saban hari, terdapat banyak kes penipuan atas talian yang telah berlaku di Malaysia. Anda sendiri mungkin pernah menerima panggilan daripada nombor tidak diketahui dan rupa-rupanya adalah scammer, betul tak? Persoalan ini mungkin sudah terjawab apabila didapati bahawa 73 peratus nombor telefon di Malaysia, atau bersamaan lebih 21 juta nombor telefon rakyat Malaysia dibocorkan atau dijual kepada scammer.

Berdasarkan laporan penipuan tahunan Gogolook tahun 2022, didedahkan Malaysia menduduki tempat pertama pada 73 peratus dalam kebocoran nombor telefon bimbit, berbanding empat negara Asia lain iaitu Taiwan pada 65 peratus, Jepun pada 56 peratus dan Thailand 45 peratus. Sebagai perbandingan, kadar kebocoran nombor telefon di korea hanya 15 peratus.



Tambahan pula, bukan maklumat nombor telefon bimbit sahaja yang didapati bocor, maklumat sulit lain seperti kata laluan log masuk dan nama individu juga dilaporkan bocor dengan yang tertinggi adalah di Malaysia, Taiwan dan Thailand. Ia diikuti maklumat lain seperti alamat, negara, tarikh lahir dan e-mel.

Dalam pada itu, laporan itu juga menyatakan kebocoran kata laluan log masuk boleh menyebabkan akaun perbankan atas talian atau akaun media sosial dicuri. Jika nama, nombor telefon dan rekod pembayaran beli-belah bocor, penipu boleh membuat serangan panggilan telefon dan mesej dengan mudah. Lebih-lebih lagi, kebocoran nama dan alamat boleh mendorong kepada penipuan penghantaran bungkusan yang tidak dipesan.



Menurut Whoscall, aplikasi ID pemanggil oleh Gogolook, lebih 405.4 juta panggilan telefon dan mesej penipuan telah dilakukan pada tahun 2022. Ia juga didapati sindiket penipuan lebih gemar menggunakan mesej teks kerana kosnya yang rendah serta kadar penembusan yang tinggi, menyumbang kepada 76 peratus mesej digunakan sebagai langkah untuk memulakan penipuan, berbanding panggilan telefon yang hampir 25 peratus. Namun, SKMM ada mengarahkan telco untuk menyekat URL dalam SMS bagi mengelakkan kes penipuan terjadi.

Sebagai langkah untuk membendung kes penipuan atas talian yang semakin berleluasa, kerajaan ada memperkenalkan Pusat Respon Scam Kebangsaan (NSRC) dimana kes penipuan boleh dilaporkan di talian 997. Polis Diraja Malaysia (PDRM) juga ada menjalin kerjasama bersama Whoscall untuk meningkatkan pangkalan data nombor penipuan.

Bagi sesiapa yang ingin mengetahui lebih lanjut, anda boleh baca laporan penuh Gogolook di sini.

Tags: GogolookSCAMSCAM SMSWhoscall
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Lebih 21 juta nombor telefon rakyat Malaysia dijual kepada scammer

Lebih 21 juta nombor telefon rakyat Malaysia dijual kepada scammer

7 April 2023
Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

15 March 2026
iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

16 March 2026
Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

13 March 2026
Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

12 March 2026
Apakah warna baju melayu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja semasa umum Hari Raya kali ini?

Apakah warna baju melayu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja semasa umum Hari Raya kali ini?

22 May 2020

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN