• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Dua individu didakwa di mahkamah kerana menjual kotak Android TV dengan pra kandungan Astro

  • OLEH Putra Aziz
  • 6:37 pm
  • 10/04/2023
  • Komen
Dua individu didakwa di mahkamah kerana menjual kotak Android TV dengan pra kandungan Astro
Share on FacebookShare on Twitter

Akibat menjual kotak TV dengan kandungan tanpa kebenaran, dua individu dihadapkan ke mahkamah dan didakwa di bawah Seksyen 43AA Akta Hak Cipta (Pindaan) 2022. Ia merupakan kes pertama di bawah Seksyen tersebut sejak pindaan itu dikuatkuasa bermula Mac 2022.

Ia setelah Unit Siasatan Jenayah Siber dari Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Polis Diraja Malaysia (PDRM) merampas tiga kotak TV Android yang telah di pra muat kandungan Astro tanpa kebenaran ketika serbuan di sebuah kiosk di Kompleks Emart, Kuala Lumpur pada 21 Jun 2022. Pemilik kiosk, Yap Kim Fatt berumur 42 tahun dan jurujual Chu Kar Wa berumur tahun 29 telah didakwa mengikut Seksyen 43AA Akta Hak Cipta (Pindaan) 2022.



Mengikut Akta tersebut, sesiapa yang melakukan atau melanggar hak cipta dengan mengilang, mengimport, menjual atau menyewakan, mengedar atau menawarkan kepada orang ramai teknologi penstriman dianggap melakukan kesalahan dan jika disabit kesalahan, boleh didenda sehingga RM200,00 atau di penjara sehingga 20 tahun atau kedua-duanya sekali.

Bukan itu sahaja, kedua-dua individu tersebut selanjutnya didakwa kerana melanggar Peraturan 16(1)(b) Peraturan-Peraturan Komunikasi dan Multimedia (Standard Teknikal) 2000. Jika sabit kesalahan, ia boleh membawa kepada hukuman penjara sehingga enam tahun, atau denda sehingga RM100,000 atau kedua-duanya sekali.



Walau bagaimanapun, mereka berdua mengaku tidak bersalah terhadap kesemua pertuduhan dan telah diberikan jaminan mahkamah sebanyak RM15,000 setiap seorang.

Pada mulanya, Akta Hak Cipta (Pindaan) 2022 telah diwartakan pada 10 Februari 2022. Penguatkuasaan undang-undang dilaksanakan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) pada 18 Mac 2022. Matlamat utama pindaan itu adalah untuk memerangi jenayah penjualan ISD dan aplikasi perisian berkaitan yang membenarkan akses tanpa kebenaran kepada kandungan hak cipta.

Jika anda mahu menonton sesuatu kandungan, pastikan anda dapatkannya dari pengeluar yang sah kerana melanun kandungan tanpa kebenaran adalah satu kesalahan besar. Sebelum ini, seorang pengendali kedai makan telah disaman oleh Astro dan didapati bersalah atas pertuduhuan menyiarkan kandungan sukan dan hiburan tanpa lesen yang sah. Oleh itu, lebih baik untuk anda membayar lebih daripada menyesal kemudian hari.

[Sumber: Astro]

Tags: android tvjenayah siberpdrm
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Kenapa akaun TNG eWallet boleh digantung sementara, dan apa yang perlu anda tahu

Kenapa akaun TNG eWallet boleh digantung sementara, dan apa yang perlu anda tahu

27 January 2026
Xiaomi TV Stick 4K Gen-2 dilancar, tukar TV biasa jadi Google TV pada RM219

Xiaomi TV Stick 4K Gen-2 dilancar, tukar TV biasa jadi Google TV pada RM219

20 February 2026
Dua individu didakwa di mahkamah kerana menjual kotak Android TV dengan pra kandungan Astro

Dua individu didakwa di mahkamah kerana menjual kotak Android TV dengan pra kandungan Astro

10 April 2023
Tinggal puasa & belum bayar fidyah? Ini cara lunaskannya secara online mengikut negeri

Tinggal puasa & belum bayar fidyah? Ini cara lunaskannya secara online mengikut negeri

15 March 2023
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Guna kalkulator ini untuk kira amaun KWSP Akaun 3 yang boleh dikeluarkan

Guna kalkulator ini untuk kira amaun KWSP Akaun 3 yang boleh dikeluarkan

8 May 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER